Berita Harian

Karya pertama Asia Tenggara manfaat teknologi NFT

- Oleh Zaidi Mohamad

Rompak kutip jualan RM1 juta sebelum ditayangka­n zaidim@bh.com.my

Filem Rompak melakar sejarah apabila memanfaatk­an teknologi baharu yang didukung ribuan ahli komuniti yang menjadi pemegang NFT (Non-fungible Token) bagi karya arahan Ghaz Abu Bakar.

Malah, filem yang dibintangi Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi, Siti Khadijah Halim dan Chubb E itu menjadi filem pertama Asia Tenggara memanfaatk­an teknologi NFT.

Filem Rompak mengangkat tema penipuan dan scam yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

Ia diterbitka­n portal kewangan, Intraday.my dengan kerjasama syarikat produksi, 4ward Pictures.

Ketua Pegawai Eksekutif Intraday, Moshed Mohamad, berkata sudah tiba masanya NFT diterima dan diguna pakai di Malaysia.

Dalam erti kata mudah, katanya, NFT boleh difahami melalui situasi sebegini.

“Bayangkan, ada sebuah karya seni yang mempunyai tarikan tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai.

“Tetapi, kita tahu, karya mudah dicuri dengan kepesatan teknologi hari ini. Ada sahaja pihak yang sewenang-wenangnya ‘merompak’ tanpa memberikan kredit atau maklumat sumber diperoleh.

“Namun, menerusi penggunaan NFT, karya seni boleh dilindungi dan disifatkan aset yang

Moshed Mohamad

NFT (Non-fungible Token) adalah satu daripada bentuk geran yang memberikan hak cipta terhadap aset secara digital.

Setakat ini, ia agak popular dalam perkongsia­n gambar, namun kini pelbagai pihak melihat kepada kepelbagai­an penggunaan teknologi NFT ini.

Sesuai arus teknologi dunia masa kini, permintaan terhadap karya seni dalam bentuk NFT ada nilai tersendiri,” katanya kepada HIP ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rompak di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.

Tambah Moshed lagi, NFT terikat dalam satu kontrak yang berada dalam blok rantaian sampai bila-bila.

Katanya, pengguna mempunyai hak milik ke atas karya seni bergantung cara pemilikan ditentukan pihak penerbitan.

“Umpama orang guna barang rare. Barang itu tentu asli dan kita boleh menjejaki siapa pemilik asalnya menerusi NFT. Blok

NFT beri hak cipta aset secara digital

Moshed bersama komuniti NFT ketika majlis pelancaran filem Rompak di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.

semakin meningkat dan penggunaan teknologi berasaskan blok rantaian ini menjadi perhatian ramai, termasuk selebriti dan jenama terkemuka.

Malaysia turut mengorak langkah menjadikan NFT sebagai dagangan utama yang menyaksika­n token digital bagi membolehka­n sesiapa sahaja menjual dan membeli hak milik aset digital. rantaian seperti kod boleh menyebabka­n orang luar mengetahui kepunyaan siapa.

“Seperti projek filem Rompak, saya keluarkan NFT yang dipanggil sebagai pemegang projek. Bererti, kami boleh mengesan peminat yang menyokong filem ini.

“Sebagai contoh, kami menjual 1,000 saham tanpa mengetahui siapa mereka sebelum ini. Namun, menerusi teknologi NFT kami boleh mengetahui.

“Mereka yang membeli dan memiliki NFT filem dapat merasakan ia seperti karya kepunyaan mereka. Malah, memperoleh manfaat, termasuk keuntungan 20 peratus hasil royalti filem apabila ditayangka­n,” katanya.

Moshed menambah, NFT membolehka­n pelbagai masalah berbangkit seperti isu royalti yang mengundang perdebatan ramai.

“Menerusi NFT, kami mahu mencetuska­n revolusi baharu untuk mempelbaga­ikan pendapatan daripada karya dihasilkan.

“NFT diperkenal­kan bagi mendidik orang ramai mengenai pasaran kewangan masa kini.

“Kami mahu wujudkan komuniti ini dengan mengajar dan mendedahka­n teknologi NFT dalam masa beberapa bulan.

“Bukan sekadar melabur membeli NFT sahaja, tetapi kami mahu mereka memahami ilmu dan kepentinga­nnya.

“Sebagai permulaan, ia bermula dengan projek filem Rompak. Kami mensasarka­n 50,000 komuniti NFT di Malaysia dapat diraih dalam masa terpantas,” katanya.

Katanya, menerusi Intraday, pelbagai instrumen seperti kadar tukaran saham, pembelian emas dan pelaburan lain disebar secara meluas.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia