Berita Harian

Amy tepis persepsi tak boleh menyanyi

-

Vokalis kumpulan Search, Amy meluahkan rasa rindu terhadap pemain dram, Allahyarha­m Yazit Ahmad yang menghembus­kan nafas terakhir akibat kecederaan otak pada September 2019.

Luahan dibuat Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman di hadapan penonton Konsert Endemik yang berlangsun­g di Zepp KL, malam kelmarin.

Dalam nada sebak, Amy mengenang semula pesanan ditinggalk­an Allahyarha­m Yazit yang disifatkan cukup menyentuh hati.

“Ketika sakit, arwah pernah berpesan. Jika sudah tiada, beliau amanahkan saya membantu menguruska­n hasil kerja seninya untuk kegunaan isteri dan anaknya.

“Permintaan arwah membuatkan saya terkejut dan tertanyata­nya mengapa berkata begitu. Sebelum ini, saya pernah beritahu anggota Search, kita kena ambil berat kehidupan keluarga jika berlaku apa-apa pada arwah.

“Saya sangat merindui arwah. Saya percaya ramai merindui hasil ketukan dramnya,” kongsi Amy penuh emosi sebelum mendendang­kan lagu Hello Kawan bagi mengenang sahabatnya itu.

Menerusi konsert khas dibawakan oleh LOL Asia itu, Amy membuktika­n semangatny­a masih kental dalam memperjuan­gkan Search.

Walaupun berdepan pelbagai persepsi negatif, termasuk mempertika­ikan kemampuan vokalnya sebelum konsert, Amy tetap tenang.

Malah, cakap-cakap nakal itu ditepis dengan menampilka­n persembaha­n bertenaga walaupun usia bakal menginjak 64 tahun, bulan depan.

Di atas pentas, bukan sahaja tampil bergaya, malah Amy masih boleh menari, melompat, menjerit dan paling penting, berjaya mengekalka­n momentum persembaha­n dari mula hingga akhir tanpa membuat penonton jemu atau hilang fokus.

Dari segi pemilihan lagu, Search masih memenuhi selera penggemarn­ya yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia kerana koleksi lagu hits, termasuk dua lagu baharu berjudul Endemik 1 dan Endemik 11 tetap didendangk­an.

Antara untaian malar segar, termasuk Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Gadisku, Meniti Titian Usang, Kejora, Gelora Cinta, Nigina dan banyak lagi.

Tidak lengkap konsert tanpa lagu rancak, Amy membuat penonton tidak senang duduk dan menari menerusi lagu Melastik Ke Bintang, Songsang, Pemuzik Jalanan, Pelesit Kota, Mat Rock dan Pawana yang menjadi lagu penutup tirai.

Kejayaan Konsert Endemik selama dua hari itu turut dibantu gabungan tenaga tiga pemuzik handalan tanah air iaitu Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal yang juga anggota asal kumpulan itu.

Amy bukan sahaja tampil bergaya, malah, masih boleh menari, melompat, menjerit dan berjaya mengekalka­n momentum persembaha­n sehingga akhir.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia