Berita Harian

Hattan ‘biso bonar’

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Kembara seni 35 tahun diterjemah­kan dalam konsert mega farihad@bh.com.my

Penganjura­n konsert solo, Datuk Hattan 35 Years Journey di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), selama dua malam bagaikan autobiogra­fi buat penyanyi otai itu.

Buktinya, selama tiga jam beraksi dalam konsert berskala mega yang julung kali diadakan, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin banyak berkongsi kenangan pahit manis sepanjang lebih tiga dekad berada dalam belantera seni.

Bagaikan wayang gambar yang berputar, satu demi satu kisah menarik mengenai permulaan kerjaya nyanyian dikongsi bersama penonton.

Ada yang lucu, boleh dijadikan iktibar dan ada juga yang boleh menyebabka­n air mata mengalir. Antara kisah sedih yang dikongsika­n Hattan mengenai pengorbana­n arwah ibunya untuk melihatnya berjaya mengejar cita-cita.

“Pada awalnya, arwah ayah dan emak agak keberatan mengizinka­n saya bermain muzik. Mereka mahu saya menyambung pengajian.

“Tetapi, saya ambil keputusan untuk bekerja. Suatu hari, saya pulang ke kampung dan terfikir macam mana nak mulakan kerja bermain muzik.

“Kami orang susah, tetapi emak tetap hulur RM20 kepada saya. Saya tahu mak bukan ada banyak duit, mungkin duit ini mahu membeli beras.

“Namun, kerana anak, emak beri juga. Dari situ, saya berjanji takkan sia-siakan duit ini,” cerita Hattan sambil menahan sebak.

Kisah menarik lain turut diceritaka­n Hattan adalah mengenai hubunganny­a dengan insan seni hebat yang berjaya membawa namanya pada kedudukan hari ini iaitu Datuk M Nasir dan insan seni lain seperti penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini sedang berjuang melawan penyakit jantung.

Sebagai penghargaa­n, penyanyi bersuara ‘jantan'’ini turut mengadakan segmen khas menyaksika­n Hattan menyanyika­n lagu yang dicipta M Nasir seperti Gerhana, Duit, Sekuntum Mawar Merah dan Tiara.

Ketika menyanyika­n lagu Arca

yang liriknya ditulis oleh Bob, anak jati Seri Menanti, Negeri Sembilan itu turut meminta penonton untuk mendoakan Bob segera sembuh.

Melunaskan janji dilafazkan ketika sidang media konsert sebelum ini, Hattan bukan sahaja memberi hiburan, tetapi mengajak penonton kembali bernostalg­ia menerusi koleksi lagu popular dendangann­ya.

Hasilnya, emosi penonton larut dalam kesyahduan vokal Hattan yang seakan merintih, terutama ketika menyanyika­n untaian bernada melankolik seperti Meniti Perjalanan, Rendang Tak Berbuah, Dari Kekasih Kepada Kekasih dan Memburu Rindu.

Usai melayan jiwa penonton dengan lagu ratapan hiba, bekas vokalis kumpulan Five Rockers Union atau FRU itu merubah atmosfera dewan dan mood penonton dengan lagu rancak seperti Kelentong Dol Hancing, Satu Ma

Hattan berpadu suara dengan anaknya menyampaik­an lagu Gadis Jolobu.

Hattan bukan sahaja memberi hiburan, tetapi mengajak penonton kembali bernostalg­ia menerusi koleksi lagu popular dendangann­ya.

laya Dah Tahu dan Samba Apa Sahaja.

Bukan satu masa yang singkat untuk Hattan mengecapi apa yang berjaya digapai saat ini namun, semua itu dapat disimpulka­n dalam konsert berdurasi 180 minit itu.

Keampuhan vokal Hattan tidak perlu dipersoalk­an kerana suaranya berjaya membuai emosi penonton untuk larut dalam nyanyianny­a.

Stamina lelaki ini juga cukup hebat kerana pada usia 57 tahun, Hattan masih bertenaga untuk bergerak aktif di atas pentas dan tidak nampak kepenatan.

Melengkapi kecemerlan­gan penganjura­n konsert ini adalah sistem bunyi dan penataan cahaya berkualiti, sekali gus, menjadikan autobiogra­fi Hattan ini sebagai sesuatu yang luar biasa.

Markah bonus juga wajar diberikan kepada penyanyi berkulit hitam manis ini kerana sepanjang beraksi, Hattan dilihat selesa berkomunik­asi menggunaka­n dialek Negeri Sembilan yang menjadi tanda dagang dalam media sosial, sekali gus membuatkan penonton berasa cukup dekat dengannya.

 ?? (Foto ihsan Mewah Event Management) ??
(Foto ihsan Mewah Event Management)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia