Berita Harian

Jay Nazif mahu sebar, ajar kebaikan

-

Pelakon remaja, Jay Nazif yang mula mencipta populariti menerusi drama bersiri, Mak Cun musim keempat siaran TV3 percaya kepada rezeki kurniaan Tuhan. Jay atau nama sebenarnya, Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 14, yakin setiap perkara dilakukan dengan niat dan usaha, pasti ada lorong kejayaan. Biarpun minat mendalam terhadap dunia lakonan, pelakon kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu tidak sesekali mengabaika­n pelajaran selepas empat tahun bergelar anak

Jay gandakan usaha mengimbang­i tuntutan sebagai pelajar dan pelakon.

seni.

“Ketika era pandemik COVID-19, sesi Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PDPR) dipraktikk­an. Jadi, saya tiada masalah membahagik­an masa antara pelajaran dan komitmen dalam bidang seni jika jadual bertembung.

“Saya masih boleh sertai kelas dalam talian di mana-mana juga, termasuk ketika di lokasi penggambar­an. Jika tidak sempat dan tertinggal, saya akan merujuk semula dengan guru.

“Sekarang, saya sudah kembali ke sekolah. Namun, saya bersyukur guru dan sekolah memahami tuntutan kerjaya seni, asalkan saya tidak mengabaika­n pelajaran,” kata pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak itu.

Tambah Jay, setakat ini, dia tidak pernah menjadikan tiket sebagai selebriti untuk melupakan tanggungja­wab sebagai pelajar.

“Saya masih mampu mengekalka­n momentum sebagai pelajar dan pelakon. Apabila memilih kerjaya ini, saya kena menggandak­an usaha dalam mengimbang­i dua perkara penting dalam satu masa.

“Saya akui, bergelar pelajar dan pelakon, agendanya hampir sama kerana menuntut saya memberikan terbaik, kekalkan prestasi dan paling penting, ikhlas,” katanya yang memegang watak Atan iaitu cucu Mak Cun lakonan Erma Fatima.

Kata Jay lagi, dia mahu ramai sedar anak seni bukan sekadar menghiburk­an.

“Anak seni juga menyebar dan mengajak ke arah kebaikan.

“Saya bercita-cita menjadi penghibur dan usahawan berjaya, sekali gus membantu insan memerlukan,” katanya yang baru muncul dalam telefilem Nawfal Nak Raya arahan Issey Fazlisham.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia