Berita Harian

Liverpool tolak tawaran RM116 juta Bayern

-

Liverpool: Liverpool menolak tawaran pembukaan daripada Bayern Munich untuk bintangnya Sadio Mane.

Pemain Senegal itu dikaitkan dengan perpindaha­n keluar dari Anfield musim ini.

Menurut media British, gergasi Jerman itu membuat bidaan awal 21 juta pound (RM116.2 juta) dengan tambahan 4 juta pound (RM22.1J) dalam klausa berdasarka­n persembaha­n.

Minggu lalu Mane, yang menjadi tonggak dalam kejayaan The Reds memenangi dua trofi serta mara ke final Liga Juara-juara Eropah musim ini, mengejutka­n ramai apabila memberi isyarat seakan mahu meninggalk­an Liverpool.

“Saya menghormat­i peminat dan pasukan tetapi 60 hingga 70 peratus rakyat Senegal mahu saya meninggalk­an Liverpool? Saya akan turut kehendak mereka,” kata Mane.

Mane meledak hatrik dalam kemenangan 3-1 Senegal ke atas Benin, Sabtu lalu.

Mane turut mendedahka­n kelab impiannya ketika kecil bukan Bayern atau Barca tetapi kelab Perancis, Marseille.

“Bayern dan Barca? Keduadua pasukan ini bagus. Tetapi saya bukan peminat mereka. Pasukan pilihan saya adalah

Marseille.

“Semalam saya cuma berjenaka (berkenaan meninggalk­an Liverpool). Saya rasa cukup setakat itu. Liverpool kelab yang saya hormati. Berkenaan masa depan, kita lihat nanti,” katanya.

Dalam enam musim di Anfield, Mane meledak 120 gol dan membantu Liverpool menjadi salah satu pasukan terbaik di Eropah.

Dia memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Liga Juarajuara Eropah di bawah kendalian Jurgen Klopp. Dia turut tersenarai dalam pasukan terbaik PFA sebanyak tiga kali. AGENSI

Sadio Mane

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia