Berita Harian

‘Thailand lebih baik, kami tiada nasib’

- Oleh Zulfaizan Mansor

Piala Asia B-23

Alasan Maloney selepas Harimau Muda tersingkir awal zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney mengakui anak buahnya tidak beraksi dengan baik ketika tewas 0-3 di tangan Thailand pada aksi kedua Kumpulan C dalam saingan Piala Asia B-23, kelmarin.

Kekalahan itu menyaksika­n skuad Harimau Muda tersingkir awal dari kejohanan selepas turut mengalami kekalahan 1-4 ketika aksi pertama berdepan juara bertahan, Korea Selatan pada aksi pertama, Khamis lalu.

Pengendali dari Australia itu menjelaska­n Thailand berhak mendapat kemenangan dalam perlawanan di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan itu berdasarka­n persembaha­n mereka yang lebih baik.

“Tidak bernasib baik adalah satu perkara, tapi kami tidak beraksi dengan cukup baik. Saya fikir kami mengawal permainan dalam 20 minit pertama, namun kemudian kami melepaskan gol pertama dan selepas itu kami terpaksa bangkit.

“Ia amat mengecewak­an apabila tewas dan Thailand berhak mendapat kemenangan yang sepatutnya. Menentang Thailand, kami tahu jika kami ketinggala­n, kami perlu terus mengejar untuk meraih mata dalam perlawanan ini.

“Thailand menggunaka­n peluang mereka dan itulah yang dilakukan oleh pasukan yang bagus, kami tidak cukup bagus hari ini,” katanya selepas perlawanan.

Thailand kini berada di tangga teratas kumpulan, berkongsi empat mata bersama Korea Selatan manakala Vietnam di kedudukan ketiga dengan dua mata dan Malaysia tanpa sebarang mata menghuni tempat terbawah.

Sementara itu, pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka memuji persembaha­n pemainnya apabila berjaya mempamerka­n aksi terbaik walaupun bermain di bawah tekanan berdepan Malaysia.

“Pemain beraksi dengan baik di bawah tekanan. Ia perlawanan yang bagus menentang Malaysia dan kemenangan ini adalah untuk pemain, staf dan semua yang terbabit dalam membangunk­an pasukan.

“Terdapat banyak tekanan dari segi prestasi pasukan selepas Sukan SEA Hanoi dan mereka menunjukka­n kepada semua orang apa yang mereka mampu.

“Pasukan yang kami ada adalah yang terbaik dalam generasi ini. Sudah tentu, kami perlu mengambil kira bahawa kami mempunyai sedikit masa untuk berlatih bersama dan merancang sebagai satu pasukan,” katanya.

Katanya, apa yang berlaku sekarang bukan salah pemain kerana ‘produk’ dimiliki skuad kebangsaan sekarang adalah hasil dari pembanguna­n yang kita lakukan dan langkah paling terbaik adalah mencari jalan untuk mengecilka­n jurang dengan pasukan lain yang sudah ke depan.

Tidak dinafikan jurang antara pemain Malaysia dan Thailand dalam aksi kelmarin tidaklah begitu jauh berbeza dan berdasarka­n statistik di laman Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), anak buah Brad Maloney menguasai 52.3 peratus permainan berbanding Thailand 47.7 peratus.

Tetapi pengusaan itu tiada makna langsung selepas kekalahan yang diterima dan ia jelas bahawa walaupun kurang aspek penguasaan bola, tapi kualiti pemain, pergerakan dan hantaran lebih baik dimiliki pemain Thailand.

Buktinya, Thailand berjaya melakukan 15 percubaan dengan tujuh daripadany­a adalah percubaan tepat dan tiga yang menghasilk­an jaringan.

Namun, Malaysia melakukan lapan percubaan dan hanya tiga percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan serta gagal mendapatka­n sebarang gol.

Justeru, ada benarnya kata Sathianath­an bahawa pihak yang bertanggun­gjawab perlu menilai semula program pembanguna­n pemain muda terutama perkembang­an pemain semasa peralihan mereka dari bawah ke peringkat umur lebih tinggi.

Apatah lagi, sebelum ini pasukan AMD dilaporkan gah menewaskan kelab-kelab ternama Eropah tetapi agak menghairan­kan apabila meningkat dewasa, permainan mereka seperti hilang arah dan punca.

Justeru, semua pemegang taruh perlu mencari punca mengenai kegagalan pemain muda meningkatk­an prestasi apabila beralih ke pasukan belia dan kebangsaan.

Kelayakan Piala Asia 2023

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia