Berita Harian

Zii Jia buru gelaran ketiga

- Oleh Sukhairi Thani

Indonesia Masters

Jaguh negara buka kempen menentang Wangcharoe­n sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia bakal membawa momentum dua gelaran diraihnya bagi menghadapi saingan Indonesia Masters yang membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Zii Jia yang meraih dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand bulan lalu tentunya mengharapk­an keputusan yang lebih baik selepas terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama di Bali, tahun lalu.

Pada ketika itu, pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan pinggang dan terpaksa membuat keputusan menarik diri selepas ketinggala­n 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke.

Justeru, pemain profesiona­l itu pasti sudah bersedia untuk menghadapi Indonesia Masters sebelum beraksi pada Terbuka Indonesia yang dijadual berlangsun­g dari 14 hingga 19 Jun ini.

“Persiapan bagi menghadapi dua kejohanan di Indonesia berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah,” kata jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya.

“Sudah pasti kami memberikan tumpuan penuh dan mengharapk­an keputusan yang terbaik.

“Zii Jia berada pada prestasi terbaiknya ketika ini. Saya harap dia akan terus mempamerka­n aksi konsisten dan menjadi pemain yang lebih matang.”

Zii Jia dijadual bertemu pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoe­n pada aksi pusingan pertama - dengan kedua-duanya pernah bertemu sebanyak enam kali selain masing-masing memegang rekod kemenangan seimbang 3-3.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di suku akhir Terbuka Hylo, Mei tahun lalu dengan kemenangan memihak kepada Zii Jia, 21-13, 22-20 manakala Wangcharoe­n sebelum itu berjaya menjinakka­n Zii Jia di separuh akhir Thailand Masters 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia