Berita Harian

Skuad negara ikat Pakistan

-

Pemain Malaysia ketika aksi bertemu Switzerlan­d. Kejohanan Hoki 5s Lausanne

Kuala Lumpur: Pasukan hoki lima sebelah (5s) negara menutup tirai Kejohanan Hoki Lausanne 2022 dengan mengikat Pakistan 5-5 kelmarin.

Keputusan itu menyaksika­n skuad kendalian Megat Azrafiq Megat Termizi itu mengakhiri kempen di tempat terakhir selepas melakar dua keputusan seri dan dua kekalahan.

Dalam perlawanan menentang Pakistan itu, Muhammad Noor Firdaus Rosdi menjaringk­an dua gol padang pada minit ke-10 dan ke-13 sebelum Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyumbang dua lagi gol menerusi kelebihan 'challenge' dan pukulan sudut penalti pada minit ke-16 dan 29.

Nabil Fiqri Mohd Noor memastikan Malaysia menutup kempen kejohanan sulung ini dengan keputusan seri pada minit ke-20 dan kapten pasukan itu menyifatka­n pasukannya mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan.

Namun katanya, dia secara keseluruha­n tetap berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

“Saya sedikit kecewa kerana kami mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan terakhir ini tetapi keputusan seri ini juga satu keputusan yang baik untuk kami menamatkan kejohanan ini.

“Banyak yang kami belajar daripada kejohanan ini terutamany­a bagaimana untuk bermain hoki 5s yang berbeza daripada hoki padang biasa dan perkara yang paling utama kami belajar daripada kejohanan ini adalah untuk memastikan tahap kecergasan yang terbaik sepanjang 20 minit perlawanan berlangsun­g,” katanya.

Pada perlawanan pertama, Malaysia mengikat Switzerlan­d 4-4 sebelum tumpas di tangan Poland 5-0.

Malaysia kemudian dibelasah India 7-3 sebelum melakar keputusan 5-5 dengan Pakistan.

Pasukan India muncul juara sulung kejohanan dengan menewaskan Poland 6-4 manakala skuad wanita Uruguay menjuarai kategori wanita selepas menumpaska­n Switzerlan­d 3-1.

Siri Minigp Malaysia / SIC Junior Ohvale 2022

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia