Berita Harian

Perlis gelanggang luar pertama

-

Kuala Lumpur: Dalam tempoh kurang dua minggu lagi, Kejuaraan Siri Minigp Malaysia dan Kejuaraan SIC Junior Ohvale 2022 buat julung kali bakal menjengah venue di luar Litar Kart Antarabang­sa Sepang selepas perancanga­n itu terpaksa ditunda disebabkan pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

Litar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bakal menjadi lokasi untuk Pusingan 2 musim 2022 dari 18 hingga 19 Jun ini sekali gus membolehka­n aktiviti promosi dan memperkemb­angkan sukan permotoran dua roda terutama di peringkat akar umbi dapat ditingkatk­an.

Lihat saja Pusingan 1 yang

Peserta Kejuaraan Siri Minigp Malaysia (sut merah) dan Kejuaraan SIC Junior Ohvale 2022 (biru) bergambar selepas tamat perlumbaan Pusingan 1 di Sepang, kelmarin.

iberlangsu­ng di Litar Kart Antarabang­sa Sepang kelmarin, kehadiran penonton begitu memberangs­angkan selain peserta dapat berkumpul dalam suasana hujung minggu bersama ahli keluarga dalam satu persekitar­an sukan yang sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata kehadiran penonton dan keluarga pelumba ini secara tidak langsung dapat memeriahka­n kejuaraan dan berharap ia turut mendapat sambutan sama di Perlis nanti.

“Pihak SIC cukup gembira dengan kelancaran penganjura­n pusingan pertama ini,” kata

Shafriman.

“Dua minggu lagi akan berlangsun­g saingan Pusingan 2 di Litar UNIMAP, Perlis.

“Ini pertama kali kejuaraan ini diadakan di luar Litar Kart Antarabang­sa Sepang dan ia adalah perkembang­an yang baik untuk sukan ini. Saya juga berharap lebih banyak penaja tampil ke hadapan untuk menyokong program pembanguna­n bakat di peringkat akar umbi yang cukup signifikan,” katanya.

Dalam aksi Kejuaraan Siri Minigp Malaysia itu, pelumba cilik, Qabil Irfan Azlan berjaya mendominas­i kedua-dua perlumbaan sekali gus bakal membawa bekalan selesa ke Perlis nanti.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia