Berita Harian

Rombak segera program NFDP

- Oleh Zulfaizan Mansor

Piala Asia B-23

zulfaizan@bh.com.my

Tersingkir awal dan bolos tujuh gol hanya dalam dua perlawanan di saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) menjadi perkara yang sukar diterima peminat bola sepak tanah air.

Tunduk 1-4 di tangan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi pertama Khamis lalu dan lebih perit apabila tewas 0-3 kepada Thailand iaitu pasukan jiran rantau Asia Tenggara yang mana sudah biasa ditentang Malaysia.

Mana silapnya? Itu antara persoalan yang banyak bermain di fikiran sesetengah peminat mengenai perjalanan pasukan bola sepak negara.

Malah, ada yang menyifatka­n bahawa kita masih ketinggala­n di belakang Thailand dan Vietnam, apatah lagi kalau nak dibandingk­an dengan pasukan Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang sudah jauh ke depan.

Jadi, sampai bila pasukan yang digelar Harimau Malaya nak berada di kedudukan sama sedangkan kita juga ada impian untuk meraih pencapaian yang lebih gah di peringkat antarabang­sa tidak kira pasukan bawah umur atau senior.

Tukar jurulatih menjadi laungan yang sentiasa di dengar khususnya dalam kalangan peminat sebaik pasukan berdepan kegagalan dalam apa-apa kejohanan, namun adakah hanya itu satu-satunya jalan yang ada untuk menaikkan pasukan?

Selepas aksi berdepan Korea Selatan sebelum ini, bekas pengendali skuad kebangsaan B Sathianath­an ketika bercakap kepada BH Sukan mengakui jurang besar dari aspek kualiti pemain Malaysia dengan skuad Taegeuk Warriors.

Beliau menganggap semua pihak perlu melihat semula Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) dalam membentuk pemain masa depan termasuk di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Sukan 46

Luqman Hakim Shamsuddin cuba melepasi asakan pemain Thailand pada kempen Piala Asia kelmarin.(foto

 ?? Ihsan FB FAM) ??
Ihsan FB FAM)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia