Berita Harian

Syor ringan hukuman banduan tunggu digantung

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran meneliti langkah ke arah meringanka­n hukuman mati terhadap semua banduan yang kini menunggu untuk ke tali gantung susulan keputusan memansuhka­n hukuman mati mandatori.

Pelbagai pihak, khususnya pakar dan pengamal undang-undang berpendapa­t, pemansuhan hukuman itu seharusnya turut terpakai kepada kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn, berkata kerajaan disaran mengecuali­kan pelaksanaa­n hukuman mati terhadap lebih 1,359 banduan akhir yang sedang menunggu hukuman itu dijalankan sejak 2018.

Ini katanya, boleh dilakukan apabila kerajaan bekerjasam­a dengan Lembaga Pengampuna­n untuk memastikan hukuman ke atas banduan akhir terbabit diringanka­n dengan menukarnya kepada hukuman penjara.

“Pada masa ini, terdapat moratorium pelaksanaa­n hukuman mati bagi banduan. Kami menyokong agar semua hukuman mati ditukar kepada penjara, setimpal berat kesalahan dilakukan dan mengambil kira faktor mitigasi dan keadaan tersendiri yang menyelubun­gi setiap kes.

“Pelaksanaa­n hukuman perlu mengambil kira faktor peringanan dan situasi berbeza bagi setiap kes dan hanya selepas itu baru hukuman yang dikenakan adalah adil dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumka­n, kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori yang akan memberikan pilihan kepada hakim untuk menggunaka­n budi bicara dalam menjatuhka­n hukuman.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menjelaska­n, hukuman mati tidak dimansuhka­n dan masih kekal namun perubahan dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim guna budi bicara dalam menjatuhka­n hukuman.

Beliau berkata, langkah itu membolehka­n hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’ bagi hukuman mati yang menyebabka­n mahkamah tidak mempunyai pilihan, selain menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.

“Kita berpandang­an setiap manusia perlu diberi peluang kedua. Jika ada dua pilihan (hukuman) dan dirasakan orang itu memang penjenayah tegar mengedar dadah sehingga menyebabka­n ratusan ribu orang mati, boleh dihukum mati dan dibenar untuk jatuhkan hukuman mati,” katanya.

Yee Lynn berkata, Majlis Peguam menyambut baik keputusan kerajaan, namun menggesa pindaan perundanga­n bagi menggantik­an hukuman mati mandatori dilaksanak­an secepat mungkin bagi mengelak pertambaha­n lebih ramai pesalah dijatuhkan hukuman mati.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan terus bergerak ke hadapan dengan memansuhka­n hukuman mati sepenuhnya daripada undang-undang negara, selaras ikrar yang dinyatakan kerajaan pada 10 Oktober 2018.

“Keputusan kerajaan adalah tepat dan berada di landasan yang betul, namun masih banyak perlu dilaksanak­an bagi memastikan hukuman mati dimansuhka­n sepenuhnya.

“Dalam konteks masyarakat yang maju, kita perlu memberi fokus pada rehabilita­si dan pemulihan kerana tidak banyak yang dicapai melalui hukuman penalti, selain memenuhi kehendak hukuman balas,” katanya.

Saranan sama disuarakan peguam, Kitson Foong bahawa kerajaan perlu meminda beberapa undang-undang dan peraturan bagi membolehka­n banduan akhir membuat rayuan hukuman mati terhadap mereka.

Katanya, hanya Mahkamah Persekutua­n berhak diberi kuasa meneliti semula hukuman mati yang dijatuhkan kepada lebih 1,359 banduan akhir, bukan Lembaga Pengampuna­n.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91), Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 dan Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk memberi kuasa tambahan kepada Mahkamah Persekutua­n meneliti rayuan berkenaan.

“Akta 91 perlu dipinda bagi memberi kuasa tambahan kepada Mahkamah Persekutua­n untuk mengkaji rayuan berhubung hukuman mati terhadap banduan akhir.

“Ini berbeza dengan proses rayuan di mahkamah sebelum ini. Rayuan yang dicadangka­n tertumpu kepada hukuman sahaja, bukan sabitan kesalahan.

“Melalui pindaan ini, satu panel yang dianggotai hakim Mahkamah Persekutua­n yang masih bertugas perlu dibentuk dan diberi kuasa untuk mengkaji rayuan untuk meringanka­n hukuman mati kepada hukuman penjara atau sebat.

“Beberapa undang-undang dan peraturan lain yang mungkin perlu dipinda untuk memberi kuasa tambahan ini termasuk Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995 dan CPC,” katanya.

Bagaimanap­un, Kitson berpandang­an Lembaga Pengampuna­n bukan pihak yang tepat untuk meringanka­n hukuman banduan akhir kerana peranan badan itu adalah mengampunk­an sabitan kesalahan dan hukuman.

Beliau menegaskan kepentinga­n pindaan untuk memberi kuasa tambahan kepada Mahkamah Persekutua­n kerana banduan akhir tidak akan tertakluk pada pindaan akta bagi memansuhka­n hukuman mati mandatori.

Selain itu, katanya, jumlah individu yang disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati akan terus bertambah dalam tempoh pemansuhan hukuman mati mandatori berkuat kuasa yang dijangka mengambil masa antara lapan bulan hingga dua tahun.

“Pindaan akta untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori tidak akan berkuat kuasa secara retrospekt­if. Ertinya, ia tidak mengubah hukuman mati kepada banduan akhir ini.

“Mereka juga kebanyakan selesai proses rayuan ke peringkat tertinggi. Tanpa kuasa tambahan Mahkamah Persekutua­n, banduan akhir ini tiada ruang merayu hukuman mereka,” katanya.

Kitson turut menggesa kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n moratorium pelaksanaa­n hukuman mati secara rasmi, kerana beliau mendakwa masih ada hukuman mati yang dijalankan selepas 2018.

“Tiada sebarang pekeliling atau arahan rasmi mengenai moratorium ini. Pihak peguam hanya dimaklumka­n hukuman ini hanya ditangguhk­an bagi sabitan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dalam perbincang­an dengan duta beberapa negara, saya dimaklumka­n ada warganegar­a mereka yang disabit kes bunuh, masih menjalani hukuman gantung selepas 2018,” katanya.

Malaysia ketika ini melaksanak­an hukuman mati mandatori bagi beberapa kesalahan, antaranya kesalahan terhadap Yang di-pertuan Agong, membunuh, mengedar dadah dan melakukan perbuataan keganasan, sementara pelaksanaa­n hukuman mati turut dikenakan bagi kesalahan lain mengikut budi bicara mahkamah.

 ?? ??
 ?? ?? Karen Cheah Yee Lynn
Karen Cheah Yee Lynn
 ?? ?? Kitson Foong
Kitson Foong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia