Berita Harian

Langkah tidak jejas tugas polis

-

Mansuh hukuman mati mandatori

Baling: Langkah kerajaan memansuhka­n hukuman mati mandatori tidak akan memberi kesan terhadap tugas polis dalam melaksanak­an penguatkua­saan terutama membabitka­n jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk

Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya menyokong langkah itu dan menegaskan penguatkua­saan polis dan siasatan semua jenis kes termasuk jenayah berat berjalan seperti biasa.

“Kita, polis sendiri pun memikirkan bahawa mungkin ada baiknya jika ada kelonggara­n dari segi hukuman mati mandatori ini.

“Sebab kalau kita nak mengambil sesuatu tindakan itu kadang-kadang ada bukti tapi ia on a thin line.

“Hukuman mati masih lagi ada, cuma kalau ada satu-satu kesalahan, biarlah hakim yang menentukan sama ada orang itu harus diberikan hukuman gantung ataupun hukuman penjara seumur hidup,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Terdahulu,

Hamzah yang juga Setiausaha Agung BERSATU menghadiri majlis Kenduri Raya BERSATU Baling yang turut dihadiri Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Hamzah diminta mengulas sama ada pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan kerajaan kelmarin, akan memberi sebarang implikasi terhadap tugas polis dalam membantera­s kes jenayah berat yang membabitka­n hukuman mati mandatori sebelum ini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam kenyataan berkata kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Wan Junaidi berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman

Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.

Ditanya sama ada langkah itu akan meningkatk­an kadar jenayah berat di negara ini, Hamzah menyangkal andaian berkenaan kerana hukuman mati masih ada dan penguatkua­saan polis masih berjalan seperti biasa.

“Bila adanya kelonggara­n ini, ia memberi ruang untuk hakim memikirkan tanggungja­wab dia. Kerana dia sebagai hakim yang benar-benar tahu dan beliau yang mendengar masalah-masalah dalam mahkamah, bukti yang dikemukaka­n di mahkamah, jadi biarlah dia yang tentukan,” katanya.

Hamzah Zainudin

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia