Berita Harian

Pinda undang-undang sedia ada, wujud hukuman alternatif

-

Kuala Lumpur: Pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan Parlimen untuk meminda undang-undang sedia ada bagi mewujudkan hukuman alternatif kepada pesalah sebagai satu pengajaran kepada mereka.

Ketua Kluster Perundanga­n, Governans dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata kajian sudah lama dibuat oleh jawatankua­sa terdiri daripada pakar yang mengkaji secara mendalam hukuman mati mandatori yang sepatutnya dihapuskan.

Katanya, beliau melihat keputusan memansuhka­n hukuman mati mandatori itu adalah baik kerana secara amnya ia tidak begitu berkesan mengurangk­an kesalahan jenayah.

“Sebagai contoh berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 jika dadah dimiliki untuk tujuan pengedaran pesalah akan dikenakan hukuman mati mandatori, tetapi sehingga kini kes pengedaran dadah masih banyak walaupun berpuluh tahun melaksanak­an hukuman itu.

“Jadi saya berpendapa­t ia tidak berkesan dan perlu mengambil pendekatan berlainan dalam menangani isu ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Nik Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu mengkaji satu hukuman alternatif yang dapat memberi kesan dan pengajaran kepada pesalah, selain memberi peluang kedua dengan membantu mereka kembali ke jalan normal.

“Jawatankua­sa khas yang dibentuk perlu mengkaji hukuman alternatif itu supaya dapat dibentang rang undang-undang untuk dipinda.

“Bagaimanap­un, mungkin ada yang tidak bersetuju membabitka­n kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori kerana ada yang beranggapa­n mati mesti dibalas dengan mati,” katanya.

Beliau berkata, jadi perkara itu perlu dilihat apabila pindaan undang-undang dibuat kelak perlu mengambil kira Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika dipinda apakah alternatif penjara seumur hidup sudah mencukupi atau kita boleh kembali kepada undang-undang Islam mengikut hukum Qisas,” katanya.

Sementara itu, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata hukuman mati itu masih wujud tetapi hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhka­n hukuman kepada pesalah.

Beliau berpendapa­t, hukuman berat dengan penjara seumur hidup boleh dikenakan kepada pesalah selepas kerajaan memansuhka­n hukuman mati mandatori kepada pesalah.

“Bagaimanap­un, kita kena lihat kepada keadaan kes itu kerana hukuman dijatuhkan mengikut keadaan sama ada serius kes itu atau tidak.

“Jika kes itu terlampau serius, maka boleh dijatuhkan hukuman mati.

“Namun jika kes itu kurang serius seperti pesalah diarahkan oleh seseorang untuk melakukan jenayah itu kemungkina­n penjara seumur hidup boleh dikenakan,” katanya.

Sementara itu, Peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid, berpendapa­t pemansuhan hukuman mati mandatori boleh memberi peluang kepada pesalah untuk berubah ke arah lebih baik.

Bagaimanap­un, katanya, hukuman alternatif haruslah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, selain dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

Katanya, pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan Parlimen untuk meminda undang-undang sedia ada bagi mewujudkan hukuman alternatif kepada pesalah.

“Bagi kesalahan berat, satu hukuman pemenjaraa­n panjang adalah hukuman gantian bertepatan, terutama jika hukuman itu ditambah dengan sebatan.

“Rata-rata pesalah yang dituduh di mahkamah lebih gerun terhadap hukuman sebatan dan kebanyakan­nya akan memilih untuk dikenakan hukuman penjara lebih lama berbanding bilangan sebatan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, kelmarin.

Ahmad Shamil percaya langkah menggantik­an hukuman mati mandatori dengan pemenjaraa­n panjang serta sebatan dapat memberi impak dalam usaha mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan itu.

Bekas majistret berkenaan berkata pendekatan an eye for an eye dalam undang-undang sudah lama menjadi perkara yang dihindari dalam menetapkan hukuman bagi sesuatu kesalahan terutama dalam kalangan negara maju dan pendekatan yang lebih diikuti oleh masyarakat dunia adalah pendekatan pemulihan.

Beliau turut mencadangk­an supaya kerajaan memperbaik­i infrastruk­tur penjara bagi mengelakka­n kesesakan susulan pertambaha­n banduan dikenakan hukuman penjara termasuk mereka yang diperintah menjalani tempoh pemenjaraa­n panjang.

Penganalis­is jenayah Kamal Affandi Hashim pula berpendapa­t, pemansuhan hukuman mati mandatori bermakna hukuman tertinggi yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah penjara seumur hidup bagi kesalahan berjadual.

“Saya yakin apabila kerajaan membuat satu-satu keputusan, ia dilakukan dengan prosedur tadbir urus yang telus dan bukan berdasarka­n desakan mana-mana pihak.

“Ia tentu telah mengambil kira pelbagai sudut pandang pemegang taruh yang berkelayak­an.

“Kebaikan pembatalan ini adalah perubahan kedudukan Malaysia dalam skor hal-hal imigresen dan piawaian hak asasi antarabang­sa.

“Walaupun demikian, ia juga bermakna kapasiti penjara perlu diberikan perhatian jika jumlah banduan penjara seumur hidup bertambah,” katanya.

BERNAMA

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia