Berita Harian

Ketakjamin­an makanan perlu kerjasama keselamata­n

-

Singapura: Ketakjamin­an makanan adalah satu daripada empat cabaran yang memerlukan kerjasama keselamata­n, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Bercakap mengenai topik ‘Membangunk­an Kerjasama Keselamata­n Baharu’ pada Sesi Pleno Dialog Shangri-la ke-19, semalam, Hishammudd­in menekankan bahawa ketakjamin­an makanan mengancam masyarakat dan memburukka­n lagi konflik.

“Dalam hal ini, tiada negara yang kebal. COVID-19 menyaksika­n gangguan rantaian bekalan secara global. Penutupan negara telah menghentik­an aliran bekalan makanan dan barangan mentah. Sekarang, konflik Ukraine-russia memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Beliau berkata turun naik harga komoditi melonjak, dengan harga makanan mencecah paras yang belum pernah berlaku sejak kenaikan harga 2007-2008.

“Tetapi mengapa sebahagian daripada anda tertanya-tanya mengapa saya mengetenga­hkan isu ketakjamin­an makanan dalam Dialog Shangri-la - bagaimana ia berkait dengan keselamata­n dan pertahanan?” soalnya kepada hadirin.

“Mari kita imbau pada 10 tahun yang lalu, orang ramai turun ke jalan di Tunisia, Mesir dan tempat lain di dunia Arab, penunjuk perasaan bukan sahaja merintih untuk kebebasan dan keadilan sosial tetapi mereka juga merintih untuk dapatkan roti.

“Kos makanan ruji seperti gandum melambung tinggi kerana kenaikan harga komoditi, belian panik, mencetuska­n kemarahan, sama ada ia wajar atau sebaliknya, terhadap kerajaan.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata, berjaya gabungan kegelisaha­n rakyat selama dua tahun disebabkan pandemik dan kenaikan harga barang ‘mungkin mendorong rakyat hilang pertimbang­an, mencetuska­n gelombang ketidaksta­bilan politik dengan berpotensi mencetuska­n rusuhan dan bantahan sehingga menjejaska­n persekitar­an keselamata­n di negara kita.

“Di Sri Lanka, protes telah meletus kerana kekurangan gas dan barangan asas lain. Inflasi dua digit di Pakistan juga boleh dikatakan menyumbang kepada perubahan kerajaan, baru-baru ini.

“Konflik berlaku di Eropah, tetapi implikasi dan kerosakan membabitka­n seluruh dunia,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia