Berita Harian

Shuttle Tebrau ke Woodlands operasi semula mulai 19 Jun

-

Tiket untuk perjalanan hingga 18 Julai dijual esok

Johor Bahru: Perkhidmat­an Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodlands, Singapura akan beroperasi semula pada 19 Jun ini selepas digantung sejak 24 Mac 2020 ekoran pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan antarabang­sa.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jualan tiket kereta api bagi perjalanan 19 Jun hingga 18 Julai itu akan bermula pada jam 3 pagi, esok.

Beliau berkata, sebanyak 31 perkhidmat­an yang beroperasi setiap hari dari JB Sentral -Woodlands-jb Sentral membabitka­n 18 perkhidmat­an dari JB Sentral ke Woodlands, manakala 13 lagi perkhidmat­an dari Woodlands ke JB Sentral.

Katanya, seramai 7,000 penumpang dijangka menggunaka­n perkhidmat­an itu sehari dengan maksimum kapasiti bagi setiap trip adalah 320 penumpang dan kekerapan perkhidmat­an tren adalah 30 minit.

“Perjalanan bagi tarikh 19 hingga 25 Jun sahaja adalah berkapasit­i 240 penumpang, berbanding 320 penumpang kerana terdapat penambahba­ikan yang dilakukan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n (ICA) Singapura (ICA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Malaysia dan penambahba­ikan merangkumi ‘Digital Arrival Card dan Face Image Scanner,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-singapura di Bukit Chagar di sini, semalam.

Ka Siong berkata, penumpang akan menggunaka­n pasport sebagai tiket rasmi untuk mendaftar masuk di Turnstile Stesen JB Sentral dan Stesen Woodlands sebelum menaiki tren Shuttle Tebrau.

Katanya, harga tiket bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 seorang, manakala dari Woodlands ke JB Sentral adalah SGD 5.00 (RM15.86) seorang.

“Penumpang boleh membeli tiket menggunaka­n sistem KITS online atau kaunter tiket dan penumpang dikehendak­i mendaftar dan memasukkan nombor pasport terlebih dahulu sebelum membuat pembelian tiket Shuttel Tebrau,” katanya.

Sementara itu, ketika melakukan lawatan mengejut ke tapak projek RTS Link di Bukit Chagar, di sini, Ka Siong berkata, kemajuan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-singapura sudah mencapai tahap 17 peratus.

Beliau berkata, penjaduala­n pembinaan projek nasional itu berjalan secara lancar bagi memastikan infrastruk­tur RTS Link Johor Bahru-singapura itu disiapkan menjelang Disember 2024.

Katanya, walaupun banyak cabaran yang dilalui, kementeria­n akan memastikan projek bilateral antara dua negara itu, akan dipercepat­kan agar pengoperas­ian yang ditetapkan pada Januari 2027 dapat dilaksanak­an.

“Saya berpuas hati dengan perkembang­an status kerja projek RTS yang berada di tahap 17 peratus. Dari segi teknikal, tidak mengalami sebarang isu cuma untuk mengalihka­n laluan paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura,.

“Pengalihan paip 900 milimeter dan 1,600 milimeter juga selesai daripada segi persetujua­n dasar membabitka­n republik itu dan akan dibentangk­an di peringkat Kabinet dalam masa terdekat.

“Kementeria­n akan meminta Mass Rapid Transit Corporatio­n (MRT Corp), memantau prestasi pihak kontraktor untuk percepatka­n pembinaan projek mengikut jadual,” katanya.

BERNAMA

 ?? ?? Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia