Berita Harian

Pusat rehabilita­si negara RM654J di Perak

-

Ipoh: Pusat Rehabilita­si Neuro-robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bernilai RM654 juta akan dibina di Perak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pusat itu akan menjadi mercu tanda moden, sekali gus membawa revolusi baharu dalam perkhidmat­an rehabilita­si dan pemulihan kepada pekerja.

Beliau berkata, projek seluas 37 hektar di Bandar Meru Raya di sini, itu disasarkan siap menjelang akhir tahun 2024.

Katanya, pembanguna­n peringkat awal projek itu menyasarka­n kira-kira RM500 juta, namun meningkat berikutan peningkata­n kos barang keperluan asas seperti simen dan besi.

“Saya mengingatk­an semua pihak yang terbabit supaya sensitif dengan pembanguna­n projek ini dan ia akan dipantau oleh Menteri Besar Perak dan Pejabat Istana.

“Projek ini akan memulakan pembinaan fasa pertama membabitka­n kos RM654 juta yang dijangka siap pada sebelum atau hujung tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah pusat rehabilita­si itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini, semalam.

Saravanan berkata, pelaksanaa­n projek itu juga dapat membuka platform perkhidmat­an berkaitan dalam bentuk teknologi robotik kepada negara jiran.

“Keunggulan kita melalui pelaksanaa­n projek yang mendapat kerjasama strategik dari Jepun ini akan membabitka­n kerjasama dengan negara lain.

“Ini bermakna, ia akan menjadi satu-satunya negara dan negeri yang mengadakan kemudahan robotik,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan pihak Istana Terengganu baru-baru ini turut meminta PERKESO membina sebuah lagi pusat rehabilita­si di negeri pantai timur itu.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri akan menjadi pemudahcar­a bagi proses pemilikan tanah untuk projek itu.

“Kita mengalu-mengalukan keputusan kementeria­n dan PERKESO yang bersetuju memilih Perak sebagai lokasi tapak pembanguna­n projek ini.

“Kompleks bertaraf antarabang­sa ini mampu memuatkan sehingga 700 pesakit pada satu-satu masa dan akan memberi kira-kira 400 peluang pekerjaan,” katanya.

 ?? (Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) ?? Saravanan bersama Saarani ketika merasmikan pecah tanah Pusat Rehabilita­si Neuro-robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO di Bandar Meru Raya, Ipoh, semalam.
(Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) Saravanan bersama Saarani ketika merasmikan pecah tanah Pusat Rehabilita­si Neuro-robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO di Bandar Meru Raya, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia