Berita Harian

‘Rumah Bonda tak daftar JKM sejak mula operasi’

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Jabatan ada asas kukuh terus sita, tiada masalah tindakan saman Siti Bainun

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai asas kukuh untuk terus menyita dan menghentik­an operasi Rumah Bonda kerana tidak berdaftar dengan jabatan itu sejak ia mula beroperasi.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berkata pihaknya tidak mempunyai masalah dengan tindakan saman dikemukaka­n pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Katanya, Rumah Bonda juga tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) serta Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Kita sudah sita Rumah Bonda sejak tahun lalu kerana ia tidak berdaftar, peringatan kita sudah buat, jadi tidak mengapa kita akan ikut proses ini (tindakan mahkamah) kerana itu hak dia.

“Tetapi JKM sudah pasti ada asas untuk meneruskan proses sitaan, bila kita sita bermakna kita beri dia peluang untuk kemukakan pendaftara­n dan sebagainya.

“Rumah berkenaan tidak berdaftar dengan tiga agensi teknikal ini antaranya JKM, Jabatan Kesihatan dan bomba, sebab itu kita buat Notis Lak (Penutupan), sebaliknya dia buat permohonan mahkamah untuk batalkan Notis Lak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Tinjauan Operasi Ke Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram, di sini semalam.

Jelas Rina, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesejahter­aan dan keselamata­n penghuni

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat terjamin.

“Pendaftara­n rumah kebajikan termasuk Rumah Bonda perlu mematuhi syarat dan terma ditetapkan kerajaan,” katanya.

Kelmarin media melaporkan Siti Bainun memfailkan saman terhadap JKM dan memohon agar rumah perlindung­annya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Rina mendedahka­n JKM mengenal pasti sebanyak 1,028 pusat jagaan di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan JKM menerusi satu operasi pemutihan yang dijalankan pada Februari dan Mac tahun ini.

“Bermula Januari tahun ini, kementeria­n telah mengeluark­an arahan untuk dilakukan pemutihan terhadap premis jagaan di negara ini dan dalam tempoh Februari hingga Mac, sebanyak 1,028 pusat jagaan didapati tidak berdaftar manakala 1,910 pula berdaftar.

“Daripada jumlah berkenaan (1,028), 38 daripadany­a telah diperakuka­n pendaftara­nnya, 57 telah menghentik­an terus operasi, lapan disita, 35 dikenakan kompaun manakala satu telah didakwa,” katanya.

Rina pada masa sama menjelaska­n, kementeria­nnya juga bersedia untuk membentang­kan cadangan dan gerak kerja kepada Mesyuarat Jemaah Menteri, untuk menubuhkan Jawatankua­sa Kabinet Melindungi Golongan Rentan.

Beliau berkata jawatankua­sa itu yang akan dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan meneliti secara menyeluruh isu berkaitan pusat jagaan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta pusat tahfiz, dan beliau mengharapk­an agar ia dapat dilaksanak­an dengan segera.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia