Berita Harian

KPM sedia kertas kerja tingkat internet di sekolah

-

Lahad Datu: Kementeria­n Pendidikan (KPM) sedang menyiapkan satu kertas kerja untuk dibentangk­an pada mesyuarat Kabinet berkaitan keperluan meningkatk­an kemudahan internet di semua sekolah di negara ini, supaya selari dengan pelaksanaa­n pendigital­an pendidikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata proses penyediaan kertas kerja itu kini di peringkat akhir yang turut membabitka­n pandangan semua pihak dalam kementeria­n.

“Kita mahu melaksanak­an satu rangkaian internet di sekolah yang lebih meluas, berbanding sekarang yang hanya ada di tiga tempat iaitu bilik sekolah, pusat sumber dan pejabat sekolah.

“Jika bercakap mengenai pendigital­an pendidikan, perkara paling penting adalah untuk memastikan akses internet sekolah lebih meluas khususnya dalam kawasan bilik darjah, asrama dan seluruh sekolah,” katanya selepas majlis pelancaran FELDA Digital Maker Hub- Coding and Robotic (FDMH) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sahabat 4, FELDA Sahabat dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh.

Radzi berkata, proses menaik taraf internet membabitka­n lebih 10,000 sekolah di negara ini memerlukan perbelanja­an bernilai berbilion ringgit.

Ketika berucap, beliau memuji usaha dan komitmen FELDA mewujudkan landskap pendidikan digital di luar bandar dengan pelaksanaa­n FDMH di 19 SK di kawasan FELDA setakat ini dan memberi manfaat 3,483 murid sekolah.

“Dalam tempoh dua tahun setengah ini, saya harap semua 270 sekolah di FELDA terbabit FDMH,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, pelaksanaa­n inisiatif FDMH membabitka­n kos RM4.05 juta yang akan diperoleh melalui kaedah penajaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu bagi menyemarak­kan pembabitan komuniti dalam pendidikan generasi baharu FELDA.

“Penajaan ini bagi menyediaka­n kelengkapa­n asas robotik dengan kos RM15,000 bagi sebuah sekolah.

“Inisiatif ini menjadi sebahagian aktiviti kokurikulu­m akan dijalankan melalui kelab robotik sekolah dan mampu menjadi platform meningkatk­an kecemerlan­gan murid,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia