Berita Harian

BN terbuka jalin kerjasama

Parti sedia pintu kepada pihak yakin dengan perjuangan, prinsip politik

- Oleh Rohaniza Idris dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) terbuka menerima mana-mana pihak yang yakin dengan prinsip dan perjuangan gabungan empat parti itu.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang kemasukan atau kerjasama parti baharu ke dalam gabungan berkenaan bagaimanap­un perlu dibincangk­an di peringkat pimpinan Dewan Tertinggi BN.

“Selepas melontarka­n perkara ini (penyertaan mana-mana parti lain) dalam Konvensyen BN pada 1 Jun lalu, ini memberikan gambaran bahawa ketersedia­an kita menerima bukan hanya PBM (Parti Bangsa Malaysia), tetapi parti lain sebesar atau sekecil mana pun.

“Tentunya perkara ini (hasrat PBM sertai BN) sampai kepada saya dan saya tidak akan buat keputusan seorang diri. Saya akan bincang dengan rakan pimpinan Dewan Tertinggi BN untuk mencanaika­n secara rasmi mana-mana pihak memohon sertai BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO (WAU) 2.0 bertajuk ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’, di sini semalam.

Khamis lalu, Presiden PBM, Larry S'ng ketika mengumumka­n pelantikan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai presiden pengganti, mengesahka­n PBM sudah memulakan usaha menyertai BN dan akan menghantar surat permohonan rasmi tidak lama lagi.

Ditanya sama ada PBM ada mengemukak­an permohonan rasmi bagi menyertai BN, Ahmad Zahid secara ringkas berkata, tiada setakat ini.

“Berdasarka­n Perlembaga­an BN, terdapat tiga kategori parti dalam gabungan ini, iaitu parti teras, parti gabungan dan keahlian secara langsung. Maka ketiga-tiga kategori ini memperliha­tkan keterbukaa­n BN untuk menerima mereka yang yakin dengan prinsip BN, untuk bersama-sama dengan BN,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswara­n, berkata pendirian partinya berhubung kemasukan parti politik, termasuk PBM ke dalam BN harus diputuskan Dewan Tertinggi gabungan itu.

“MIC tidak akan menyatakan pendirian secara terbuka, apatah lagi tanpa permohonan rasmi, sukar untuk MIC mengulas mengenainy­a. Menjadi amalan BN, setiap keputusan dibuat secara konsensus melalui Dewan Tertinggi.

“Pengerusi BN dalam perhimpuna­n sebelum ini ada menyatakan mengenai minat beberapa parti menyertai BN, tetapi belum ada keputusan rasmi. Kita kena tunggu dulu, bila ada sesuatu yang jelas, lebih mudah kita nyatakan pendirian,” katanya.

Vigneswara­n berkata, pada masa ini BN tidak mempelawa mana-mana parti menyertai gabungan itu, sebaliknya mahu memantapka­n kerjasama sedia ada antara parti komponen.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata keputusan berhubung kemasukan mana-mana parti politik sebagai komponen dalam BN hanya boleh diputuskan Dewan Tertinggi.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Ahmad Zahid berucap pada majlis pelancaran WAU 2.0 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Ahmad Zahid berucap pada majlis pelancaran WAU 2.0 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia