Berita Harian

BERSATU sedia teroka sebarang peluang

-

Kulai: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada salahnya untuk parti politik meneroka apa juga peluang yang ada.

Merujuk kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu menolak agenda Perikatan Nasional (PN) bekerjasam­a di bawah satu khemah besar dengan pembangkan­g, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN, berkata pihaknya terbuka berbincang dengan komponen dalam PN tanpa sebarang masalah.

“Nothing wrong to explore (tiada salah untuk teroka),” kata bekas Perdana Menteri pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri PN Johor, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita PN dan Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli MPT BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof serta Pengerusi Badan Perhubunga­n BERSATU Johor,

Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Berharap tiada pihak yang mempolitik­kan atau terjebak sekiranya terdapat kenyataan kurang jelas, Muhyiddin juga menegaskan, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung perancanga­n parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Tujuan kita sebagai satu gabungan parti, kita ambil langkah dan usaha untuk menentukan kejayaan, ia membabitka­n pelbagai cara dan pendekatan. Sekiranya dasar berkenaan selari dengan dasar PN, saya bersetuju, sekiranya ia tidak selari saya tidak bersetuju,” katanya.

Kepada kenyataan bekas Pesuruhjay­a PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sedik yang menuntut beliau bersikap jujur dan berterus-terang mengenai hala tuju kerjasama politik dengan PAS untuk menghadapi PRU-15, Muapabila hyiddin berkata, apa juga agenda yang dirancang adalah untuk kepenting gabungan berkenaan.

“Macam mana dikata BERSATU boleh ada agenda tersembuny­i, masa PRU, semua mesti terbuka. Setiap langkah adalah agenda demi kepentinga­n parti, namun ia tidak boleh dedahkan lanjut sehingga sampai satu keadaan sesuai,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, PN mengutamak­an masa depan setiap parti dalam gabunganny­a dan BERSATU tiada agenda tersendiri.

Muhyiddin memaklumka­n, majlis pimpinan PN akan mengadakan mesyuarat malam ini yang dijangka turut dihadiri Abdul Hadi bagi membincang­kan beberapa perkara.

Kelmarin, Abdul Hadi dilaporkan mengakui tahu agenda Muhyiddin untuk bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g bagi menghadapi PRU-15 di bawah khemah besar, namun menolak pendekatan cuba dibawa bekas Perdana Menteri itu.

“Kita berbincang bersama dan tidak sembunyi-sembunyi, malah Muhyiddin pada pertemuan itu menerima pandangan PAS,” kata Presiden PAS itu.

Terdahulu, Kamarudin turut dipetik berkata, PAS tidak wajar diheret bersama di bawah khemah besar atau kerjasama persefaham­an pilihan raya antara BERSATU dengan parti pembangkan­g lain jika membabitka­n hubungan dengan DAP dan PKR.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazala/bh) ?? Muhyiddin (tengah) bersama (dari kiri) Rina, Dr Sahruddin, Mohd Redzuan dan Saifudin pada Majlis Jalinan Mesra Adilfitri PN Johor di Kulai, semalam.
(Foto Nur Aisyah Mazala/bh) Muhyiddin (tengah) bersama (dari kiri) Rina, Dr Sahruddin, Mohd Redzuan dan Saifudin pada Majlis Jalinan Mesra Adilfitri PN Johor di Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia