Berita Harian

Kekalkan hukuman mati pesalah jenayah kejam, ngeri

-

Seingat-ingat Belalang, dua tiga dekad lalu pembunuhan kejam dan ngeri jarang-jarang berlaku seperti kes Mona Fendi babitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam dibunuh dan dikerat 18 bahagian. Kebelakang­an ini, kejadian hampir sama boleh dikatakan seperti ‘lumrah’ hingga kes bunuh dan kerat ibu sendiri di Parit Buntar selang dua tiga tahun dengan kejadian pembunuhan dua beranak di Batu Berendam, Melaka.

Belalang percaya masyarakat gerun dengan kes jenayah seumpama ini, tambah pula dengan faktor dadah mudah diperoleh hingga tergamak penggal, bunuh atau cederakan ahli keluarga sendiri apabila rasa gian tak dapat dipenuhi kerana tiada wang.

Peningkata­n kes jenayah kejam dan ngeri meyakinkan Belalang bahawa keputusan memansuhka­n hukuman mati mandatori untuk digantikan hukuman lain tertakluk budi bicara mahkamah tidak boleh merangkumi semua kesalahan membawa hukuman berkenaan. Belalang minta hukuman mati mandatori dikekalkan kepada pesalah jenayah sebegitu, begitu juga terorisme atau keganasan yang menyebabka­n kematian orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia