Berita Harian

‘Rakyat perlu kekal contoh kepelbagai­an budaya’

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur

Sultan Perak bertitah semua lapisan masyarakat berjuang bersama hadapi cabaran

Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah rakyat perlu mengekalka­n nilai yang membawa kemakmuran selepas kemerdekaa­n kepada semua lapisan masyarakat walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus memperjuan­gkan dan kekal menjadi contoh kepelbagai­an budaya.

“Secara global, kita sedang berdepan tiga krisis yang teruk dan bertindih, kesan daripada pandemik COVID-19, peperangan di Ukraine dan krisis makanan yang sedang meningkat.

“Kombinasi cabaran ini memaksa banyak negara memikirkan semula mengenai globalisas­i.

“Pandemik mengurangk­an hubungan antara negara, syarikat dan juga manusia,” titah baginda pada majlis pelancaran buku The Malays: Pathfinder­s and Trailblaze­rs di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Sultan Nazrin, bertitah rantaian bekalan global mula terputus, pertumbuha­n ekonomi global menguncup dan harga makanan dan tenaga melambung tinggi.

“Seperti yang dimaklumka­n oleh buku ini, selama berabab-abad, tanah kepulauan Melayu terbuka kepada aliran perdaganga­n, modal, buruh dan idea.

“Keterbukaa­n kepada pengaruh luar ini yang membentuk siapa kita dan membantu kita berjaya,” titah baginda.

Baginda bertitah bahawa pencapaian terbesar yang dikecapi pada masa lalu dan juga kini adalah melalui usaha bersama.

“Inilah yang perlu kita teruskan dan cara untuk melangkah ke hadapan menuju masa depan bersama dan berkembang maju,” titah baginda.

Mengulas buku yang ditulis Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja yang juga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Sultan Nazrin bertitah, antara tujuan buku itu dihasilkan menurut pengarangn­ya adalah untuk memupuk orang Melayu mengenai rasa bangga melawati sejarah bangsanya dan juga boleh mengimbang­i semula pemahaman mengenai sejarah diri kita.

Baginda bertitah, sekiranya minda dan jiwa Melayu selama ini terpengaru­h dalam perangkap dan orbit pemikiran yang menjadikan­nya berjiwa rendah, salahnya terletak kepada bangsa itu sendiri yang memamah bulat-bulat juadah dihidangka­n oleh orang lain.

“Keadaan itu berlaku berpunca daripada sikap bangsa yang tidak memberikan perhatian berat untuk merekodkan, apatah lagi menulis sejarah daripada lensa dan berdasarka­n tafsiran bangsanya sendiri.

“Begitu banyak khazanah pengetahua­n bangsa tertimbus dalam bentuk pengetahua­n tersirat. Buku ini mencapai matlamat dengan mengagumka­n dan saya ingin memuji pengarangn­ya atas kerja yang bermakna dan penting ini.

“Selepas membacanya, kita pasti memperoleh lebih banyak maklumat mengenai budaya dan sejarah kita sendiri sebagai penduduk di kepulauan ini,” titah baginda.

Baginda bertitah pengetahua­n yang tidak direkodkan akan lupus bersama pemilik pengetahua­n itu apabila dia meninggal dunia.

“Penulisan yang dikodifika­sikan apatah lagi jika diterbitka­n, akan tersebar lebih luas dan dapat dijadikan bahan sejarah berharga dan bahan rujukan yang memberikan manfaat pada generasi terkemudia­n,” titah baginda.

Buku setebal 520 muka surat itu terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

 ?? (Foto Asyraf Hamzah /BH) ?? Sultan Nazrin menerima cendera kenangan daripada Ramli (kiri) selepas berkenan untuk melancarka­n buku The Malays: Pathfinder­s and Trailbalze­rs di WTC Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah /BH) Sultan Nazrin menerima cendera kenangan daripada Ramli (kiri) selepas berkenan untuk melancarka­n buku The Malays: Pathfinder­s and Trailbalze­rs di WTC Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia