Berita Harian

Infrastruk­tur, pendawaian tidak selamat

-

Kuala Lumpur: Kedudukan Pasar Datuk Keramat di sini, disifatkan tidak selamat dari segi infrastruk­tur dan sistem pendawaian.

Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kebakaran yang berlaku di pasar itu kali ini insiden kedua dilaporkan dalam tempoh lebih setahun, selepas kejadian pertama pada Mac tahun lalu.

“Melihat situasi ini, kita tahu kedudukan pasar ini dari segi infrastruk­tur dan pendawaian tidak selamat,” katanya selepas melawat tapak pasar itu , semalam.

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II berkata, pemilik tanah tapak pasar itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa ada perjanjian dengan pemaju untuk urusan jual beli.

“Namun, saya difahamkan pihak pemaju terbabit belum melunaskan pembayaran. Peniaga dijanjikan pembanguna­n semula menerusi urusan terbabit, namun sudah lima tahun belum ada perkembang­an,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkaitan perlu mencari jalan keluar bagi masalah ini, termasuk mencari pemaju lain jika mereka tidak mampu membuat pembayaran pembelian tanah tapak pasar terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia