Berita Harian

Pembenihan awan usaha bantu pesawah

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Tasik Bukit Merah kering

Inisiatif elak risiko kawasan tanaman padi terjejas fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Isu bekalan air dihadapi pesawah di Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian di Perak dan Sungai Acheh, Pulau Pinang, bakal diselesaik­an melalui operasi pembenihan awan dijadualka­n bermula Selasa depan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata kerajaan bersetuju melaksanak­an operasi itu selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Jun bergantung kepada kesediaan awan dan kelembapan yang sesuai.

Katanya, inisiatif berkenaan antara lain bagi mengelakka­n risiko lebih 20,000 hektar sawah di kawasan IADA Kerian dan sebahagian sawah di IADA Pulau Pinang yang berkeluasa­n 1,267 hektar terjejas apabila bekalan air dihentikan susulan penyusutan paras air Tasik Bukit Merah.

“Inisiatif ini akan dijayakan dengan kerjasama IADA Kerian dan IADA Pulau Pinang, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi berkaitan lain.

“Operasi di kawasan tadahan empangan Bukit Merah di Semanggol, Kerian bakal memberi manfaat di kawasan sawah seluas 19,058 hektar di IADA Kerian dan sebahagian IADA Pulau Pinang yang berkeluasa­n 1,267 hektar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, seramai 8,889 pesawah di kawasan IADA Kerian dan 1,267 pesawah dari kawasan IADA Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada inisiatif itu, begitu juga subsektor, selain daripada padi iaitu perikanan dan perkilanga­n.

Katanya, operasi itu membabitka­n satu proses untuk menggalakk­an pembentuka­n awan hujan susulan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah yang menjadi sumber utama pengairan pertanian di kawasan penanaman padi berkenaan.

“Paras air di Empangan Bukit Merah kini mencapai kategori Kritikal Pengairan Tahap 3 iaitu 6.10 meter (20 kaki).

“Jadi, inisiatif ini bakal meningkatk­an paras takungan empangan bagi menampung keseluruha­n keperluan domestik dan tanaman padi,” katanya.

Ronald berkata, sumber air yang terhad, perubahan cuaca, penceroboh­an rizab, perubahan guna tanah serta pembaziran air antara isu dan cabaran rancangan pengairan yang sering berlaku.

Berikutan itu, katanya, kementeria­n berkenaan akan berbincang dengan Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA), Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a), kerajaan Perak serta agensi berkaitan lain untuk mencari kaedah jangka panjang bagi menyelesai­kan isu air itu.

Jumaat minggu lalu, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Perladanga­n dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menghentik­an pengairan ke sawah bermula 27 Mei lalu berikutan takungan air Tasik Bukit Merah susut ke paras bahaya.

Keadaan itu menjejaska­n sawah padi seluas 12,400 hektar di daerah Bagan Serai, Semanggol dan Selinsing serta menyebabka­n lebih 100 penduduk melakukan solat hajat serta solat sunat istisqa bagi memohon hujan kembali memenuhi tasik itu.

Setakat Jumaat minggu lalu, padi ditanam berusia 20 hingga 40 hari yang memerlukan air dalam kuantiti banyak dan pesawah terpaksa menakung air yang dijangka hanya dapat bertahan antara tujuh hingga 14 hari dan akan kering jika tiada hujan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Saha, pula meminta pembekalan air untuk kawasan perindustr­ian di Taiping dan ternakan ikan arowana dihentikan sementara berikutan penyusutan air di Tasik Bukit Merah.

Keratan akhbar BH, 4 Jun.

Ronald Kiandee

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia