Berita Harian

Kilang diarah henti lepas sisa buangan

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

LUAS bertindak susulan Sungai Langat berwarna putih, berbau seperti klorin

Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengarahka­n sebuah kilang menghentik­an pelepasan efluen yang berpotensi mencemarka­n aliran sungai susulan insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat, petang kelmarin.

Aliran itu dikesan susulan maklumat diterima Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) yang memaklumka­n insiden berkenaan jam 3.30 petang.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian, berkata hasil siasatan LUAS mendapati punca aliran air berwarna putih itu disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada sump milik sebuah kilang di Kajang.

“Hasil siasatan menemukan aliran air sungai berwarna putih dan berbau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat.

“Susulan itu, Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor diaktif membabitka­n pihak Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) dan Jabatan Alam Sekitar.

“Arahan menghentik­an pelepasan efluen dikeluarka­n LUAS kepada premis terbabit mengikut Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999 dan proses pembersiha­n dilakukan oleh pihak kilang itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kertas siasatan terhadap insiden berkenaan dibuka mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999 yang memperuntu­kkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta serta penjara tidak kurang tiga tahun.

“Anggaran jarak lokasi punca pencemaran (premis) ke tiga muka sauk terdekat adalah Loji Rawatan

Air (LRA) Semenyih 2 sepanjang 18 kilometer (km), LRA Bukit Tampoi (29.5 km) dan LRA Labohan Dagang (40.9 km).

“Tindakan pantas kawalan di tapak berjaya mengelakka­n potensi henti tugas LRA itu dan langkah mitigasi susulan serta pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan pihak LUAS bersama pihak terbabit bagi memastikan sumber air Selangor terpelihar­a.

“LUAS merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang prihatin terhadap sumber air Negeri Selangor,” katanya.

 ?? (Foto ihsan LUAS) ?? Hasil siasatan LUAS mendapati aliran sungai berwarna putih disebabkan terdapat pelepasan efluen dari sebuah kilang di Kajang.
(Foto ihsan LUAS) Hasil siasatan LUAS mendapati aliran sungai berwarna putih disebabkan terdapat pelepasan efluen dari sebuah kilang di Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia