Berita Harian

Pemuda bersyukur tunai haji hasil simpan di TH sejak lahir

-

Kota Bharu: Tuah membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) sejak lahir memberi peluang kepada seorang pemuda dari Kampung Taman Bakti, Pengkalan Chepa, di sini, untuk mengerjaka­n ibadat haji pada usia muda.

Muhammad Iqbal Rosli, 23, berkata beliau tidak pernah menyangka usaha ibunya, Ros Hanizah Hussein, 61, dan bapanya, Rosli Hassan, 64, membuka akaun TH untuknya ketika beliau lahir kini memberi ‘hasil’.

Katanya, sudah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahi­nya ketika bayi termasuk wang setiap kali tiba Aidilfitri ke dalam akaun TH.

“Sukar untuk digambarka­n dengan kata-kata apabila saya berjaya merebut peluang yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam, terutama ketika saya baru berusia 23 tahun.

“Saya akan bertolak menunaikan haji pada 26 Jun ini dan akan pulang ke tanah air pada 7 Ogos depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa, di sini kelmarin.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sebelum ini mendapat tawaran menunaikan ibadat berkenaan pada 2012 ketika berusia 14 tahun, namun terpaksa ditolak memandangk­an belum cukup umur.

Bagaimanap­un, perkara itu tidak mematahkan semangat dan impian Muhammad Iqbal untuk menyempurn­akan Rukun Islam kelima itu dengan membuat rayuan hampir setiap tahun kepada TH selepas beliau

Pembantu kedai batik berusia 18 tahun.

“Hujung tahun lalu saya mendapat surat daripada TH memaklumka­n ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji.

“Sejak dari itu hampir setiap minggu saya akan mengikuti kelas serta kursus berkaitan ibadat ini untuk memantapka­n ilmu yang ada.

“Alhamdulil­lah, selepas ibu dan bapa saya berpeluang menunaikan ibadat ini pada 2008, kini giliran saya pula untuk mengikuti langkah mereka.

“Saya juga berdoa adik-beradik yang lain berpeluang menjadi tetamu Allah pada masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai batik.

Muhammad Iqbal turut menasihatk­an orang ramai terutama ibu bapa supaya membuka akaun TH untuk anak masing-masing sejak kecil bagi memudahkan urusan menunaikan ibadat haji pada masa akan datang. BERNAMA

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia