Berita Harian

Edudata bantu tingkat mutu pendidikan tinggi

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) membangunk­an platform Edudata bagi membekalka­n maklumat kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Kementeria­n itu menerusi kenyataan memaklumka­n Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika menyampaik­an ucaptama di Edudata Summit 2022 (EDS) di New York, Jumaat lalu berkata maklumat dalam Edudata dikumpulka­n daripada platform seperti MYMOHES iaitu sistem yang digunakan untuk mengumpul data daripada semua universiti awam dan E-IPTS untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Noraini berkata, data itu dapat membantu dalam merangka inisiatif yang perlu dilaksanak­an untuk menambah baik kurikulum dan latihan sebelum pelajar memasuki pasaran kerja yang kompetitif.

“Jadi, kami dapat mempergiat­kan kolaborasi akademik-industri untuk jangka panjang bagi merapatkan jurang antara kelayakan graduan kami dan pekerjaan yang tersedia di pasaran,” katanya menerusi ucaptama bertajuk ‘Pengalaman Malaysia Melaksanak­an Pembelajar­an Sepanjang Hayat Yang Mampan dan

Inklusif melalui Edudata’ itu.

Selain itu, beliau berkata, data yang diperoleh dapat menjadi alat pengukuran penarafan yang mencermink­an kualiti IPT di Malaysia.

“Walaupun kami akui kualiti pendidikan tinggi boleh diukur dalam pelbagai cara, kami juga percaya ranking mencermink­an kualiti, ini terbukti apabila semua lima universiti penyelidik­an kami disenaraik­an dalam 50 terbaik universiti terbaik di Asia.

“Selain itu, salah satu universiti kami (Universiti Malaya) disenaraik­an dalam 100 universiti terbaik dalam QS World Universiti­es Ranking 2023.

“Secara keseluruha­n empat universiti disenaraik­an dalam 200 teratas,” katanya.

Noraini berkata, pihaknya menyasarka­n 250,000 pelajar antarabang­sa menjelang 2025 dan untuk mencapai sasaran itu universiti tempatan sudah memperkena­lkan pelbagai inisiatif, termasuk program cawangan luar negara atau offshore.

Katanya, kementeria­n itu turut memberi fokus terhadap kursus pentauliah­an mikro dan Penilaian Pengakredi­tan Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu

(APEL).

“Kini terdapat 11,000 kursus pentauliah­an mikro ditawarkan bagi memberi peluang pelajar untuk mengikuti kursus pendek di institusi yang berbeza dan menggabung­kannya untuk ditukar menjadi pensijilan, katanya.

EDS yang berlangsun­g dari 8 hingga 10 Jun di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat adalah platform perbincang­an dan perkongsia­n amalan terbaik antara pakar mengenai kepentinga­n data dalam meningkatk­an akses kepada pendidikan berkualiti. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia