Berita Harian

2 maut, 3 cedera kenderaan langgar tiang jejantas

-

Johor Bahru: Dua maut, manakala tiga yang lain cedera apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas dan melanggar tiang jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang - Taman Damansara Aliff di sini, pagi semalam.

Pegawai Bomba Kanan, Wan Nor Affendi Wan Yusoff, berkata Charles Anak Singgai, 24, dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian penumpang, manakala seorang lagi dilaporkan tercampak keluar daripada kenderaan.

Beliau berkata, mangsa yang cedera iaitu Douglas Anak Martin, 29; Kareno Anak Esang, 39, dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

Katanya, semua mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Perling.

“Sembilan anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 6.39 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba bertindak mengeluark­an mangsa yang tersepit menggunaka­n peralatan menyelamat dan menyerahka­n kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Operasi menyelamat selesai pada jam 7.55 pagi. BERNAMA

Toyota Hilux terbabas dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.

 ?? (Foto ihsan bomba) ??
(Foto ihsan bomba)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia