Berita Harian

Monash University terap kualiti perniagaan keluarga dalam perusahaan sosial

- Oleh Nas Norziela Nasbah bhnews@bh.com.my

Dapatan kajian dapati perniagaan tinggalkan impak kepada masyarakat

Perniagaan keluarga dilihat memberi impak kepada masyarakat kini sebagai laluan mewujudkan peluang pekerjaan bukan sahaja kepada ahli keluarga malah kepada orang awam lain.

Ia dilihat sebagai perusahaan yang mana ahli keluarga mempengaru­hi pengurusan organisasi, menerima norma, nilai dan matlamat perniagaan dalam membuat keputusan mengenai organisasi sambil memenuhi kepentinga­n keluarga.

Pensyarah jurusan Pengurusan Sekolah Perniagaan, Monash University Malaysia, Dr Au Wee Chan, berkata dapatan kajian pihaknya mendapati, perniagaan keluarga bukan sahaja dilihat kewajipan umum bagi sesebuah keluarga menjalanka­n perusahaan sesama ahli, sebaliknya meninggalk­an impak kepada masyarakat.

Katanya, kajian mendapati bahawa nilai awal kukuh keluarga menarik dan mengekalka­n individu berfikiran sama, seterusnya menguatkan kepentinga­n nilai itu, termasuk perusahaan yang dibangunka­n.

“Nilai kebersamaa­n ini memudahkan organisasi beroperasi dalam jangka panjang.

“Perniagaan keluarga memiliki nilai dan semangat kekitaan yang dikongsi. Ini menyumbang kepada kejayaan dalam organisasi atau syarikat seterusnya mencipta empayar perniagaan berjaya,” katanya.

Satu kajian baharu penyelidik dari Monash University Malaysia dan University of Sheffield, yang diterbitka­n dalam Journal of Business Ethics, mendedahka­n cara baharu bagi perusahaan sosial.

Perusahaan sosial wujud untuk memangkin perubahan positif tetapi sering menghadapi cabaran disebabkan sumber terhad, selain permintaan yang bercanggah dan kekurangan legitimasi.

Au berkata, melalui kaji selidik dijalankan, ada empat cara mengukuhka­n perusahaan sosial yang mempengaru­hi perkara itu seperti rasa kekitaan, nilai bersama, penilaian emosional dan penjagaan.

“Kami mendapati, perusahaan sosial membabitka­n keluarga bukan sekadar memiliki perniagaan sebaliknya apabila golongan itu mengusahak­annya, ia mampu bergerak kepada organisasi lebih kukuh.

“Ini mendorong kami untuk mengkaji lebih dalam selain memahami lebih lanjut mengenai senario menarik ini.

“Kami ingin tahu sama ada elemen kekeluarga­an boleh mendatangk­an kebaikan atau memudaratk­an perusahaan sosial tanpa ikatan persaudara­an juga,” katanya.

Beliau turut menekankan perusahaan sosial boleh mendapat manfaat daripada kualiti keluarga bagi menjana pendapatan daripada banyak sumber.

Katanya, sesebuah organisasi itu juga harus mengambil kira risiko.

Au berkata, secara keseluruha­n penyelidik­an baharu itu mencadangk­an cara bagaimana perusahaan sosial mengatasi cabaran dihadapi dengan menerima kualiti keluarga.

Bagaimanap­un, ia bukan sebagai penyelesai­an muktamad sebaliknya memperkena­lkan cabaran yang perlu ditangani sesebuah organisasi.

Bagi mereka yang ingin mencipta perubahan positif untuk masa depan, Monash University menyediaka­n kurikulum sama ditawarkan di Australia untuk mendapatka­n kelayakan peringkat teratas.

Monash University Malaysia menyediaka­n biasiswa bernilai lebih RM250 juta kepada penerima yang berjaya sejak 12 tahun lalu.

Temui kami pada 18 Jun ini bermula jam 11 pagi hingga 4 petang di kampus Monash University, Bandar Sunway.

Sesi bertemu pelanggan secara maya pada 25 Jun ini bermula jam 11 pagi hingga 4 petang melalui platform disediakan.

Daftar untuk lebih butiran: https://www.monash.edu. my/open-day?utm_campaign =Opday_bra&utm_source= print&utm_medium=editorial &utm_content= APDAY_ JUN_ ML

Pensyarah jurusan Pengurusan Sekolah Perniagaan, Monash University Malaysia

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia