Berita Harian

Tak perlu saringan COVID-19 masuk AS

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n tidak mewajibkan pelancong antarabang­sa yang tiba melalui laluan udara menjalani ujian saringan COVID-19, menjadikan ia antara langkah besar dalam penarikan sekatan menangani wabak itu.

Penolong Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Kevin Munoz mengesahka­n berita itu di Twitter, malah media AS melaporkan langkah berkenaan jangka ditamatkan hujung minggu ini, susulan gesaan industri pelanconga­n.

Sebelum memulakan penerbanga­n, penumpang hanya perlu menunjukka­n keputusan negatif ujian COVID-19 yang dibuat sebelum perjalanan atau bukti pulih daripada jangkitan dalam tempoh 90 hari.

Munoz berkata, keputusan dibuat Presiden AS, Joe Biden berkaitan rawatan dan vaksin pandemik itu dianggap kritikal untuk melonggark­an sekatan perjalanan dan menjelaska­n, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit akan terus menilai data COVID-19 susulan peningkata­n kes baru-baru ini.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Biden, Brian Deese memberitah­u CNBC, mereka percaya terhadap kemajuan yang dilakukan untuk menyediaka­n protokol COVID-19 bagi menarik semula larangan itu.

“Saya fikir langkah ini (tarik balik ujian COVID-19 kepada pelancong antarabang­sa) menjadi berita baik untuk ahli perniagaan, syarikat dan sektor perdaganga­n AS,” katanya.

Persekutua­n industri Airlines4a­merica menyambut baik langkah itu dan turut menghargai keputusan pentadbira­n untuk menarik balik keperluan ujian praberlepa­s selaras dengan persekitar­an epidemiolo­gi semasa. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia