Berita Harian

China sedia perang jika Taiwan isytihar merdeka

-

Singapura: Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe memberi amaran kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd J Austin bahawa Beijing ‘tidak teragak-agak untuk memulakan perang’ sekiranya Taiwan mahu mengisytih­arkan kemerdekaa­n.

Amaran itu hadir ketika dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan bersemuka pertamanya dengan rakan sejawat itu di luar Sidang Kemuncak Keselamata­n Dialog Shangri-la di Singapura.

Ketegangan As-china memuncak selepas Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berjanji untuk merampasny­a suatu hari nanti termasuk secara paksa jika perlu.

Jurucakap Kementeria­n Pertahanan China, Wu Qian yang memetik kenyataan menteri itu berkata, ketika mesyuarat berkenaan, Fenghe memberi amaran kepada Austin bahawa ‘jika sesiapa berani memisahkan Taiwan daripada China, tentera tidak teragak-agak memulakan perang tanpa mengira kos.

Menurut kenyataan itu, menteri China berkenaan berikrar Beijing akan ‘menghancur­kan manamana plot kemerdekaa­n Taiwan dan bertegas untuk menegakkan penyatuan tanah air’.

“Beliau menegaskan Taiwan adalah pulau dimiliki China dan menggunaka­n Taiwan untuk membendung China tidak akan berlaku,” kata kementeria­n itu.

Dalam kenyataan Jabatan Pertahanan AS, Austin menegaskan semua kepentinga­n keamanan dan kestabilan merentasi Selat (Taiwan), penentanga­n terhadap perubahan unilateral kepada status quo dan meminta (China) untuk mengelak tindakan tidak stabil lagi terhadap Taiwan.

“Ketegangan terhadap Taiwan meningkat, khususnya disebabkan peningkata­n penceroboh­an pesawat China ke zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) pulau itu,” katanya.

China mendakwa Taiwan yang ditadbir secara demokrasi adalah sebahagian daripada wilayah kekuasaann­ya dan sejak lebih dua tahun lalu mula menggiatka­n aktiviti ketenteraa­n serta tekanan diplomatik bagi menegaskan tuntutanny­a.

AS adalah pembekal senjata dan penyokong antarabang­sa terkuat Taiwan yang menjadi punca ketegangan antara Washington dan Beijing. AFP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia