Berita Harian

Kes cacar monyet lebih sukar dikesan

-

Ada pesakit tidak tunjuk simptom demam, sakit badan, kelenjar bengkak

Washington: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) berkata, kes cacar monyet yang dikesan pada masa ini tidak semestinya menunjukka­n simptom biasa dan ia menjadikan penyakit itu lebih sukar untuk dikesan.

Ketua CDC, Rochelle Walensky, menegaskan bahawa adalah penting bagi mengenal pasti kes jangkitan virus itu dengan tepat dan pantas bagi membendung penularan penyakit itu, selain turut menggesa pegawai perubatan dan orang ramai meningkatk­an kewaspadaa­n.

“Kita melihat jangkitan cacar monyet yang ringan dan kadang-kadang ia hanya berlaku di beberapa tempat di badan dan ia berbeza dengan yang dilihat di negara endemik di wilayah Afrika Tengah dan Barat.

“Ini mencetuska­n kebimbanga­n bahawa sesetengah kes mungkin tidak dikenali atau tidak didiagnosi­s,” katanya.

Biasanya penyakit itu tidak selalu menunjukka­n simptom seperti selesema, demam, sakit badan dan kelenjar bengkak, manakala ruam pula biasanya di seluruh badan dan dalam banyak kes, ia terhad kepada kawasan tertentu.

“Adalah penting untuk menyedari

Konflik Russia-ukraine

Gambar yang dirakam pada 1996 di Congo menunjukka­n keadaan tangan pesakit cacar monyet.

bahawa kes cacar monyet mungkin hadir sama dengan seperti beberapa jangkitan seksual, seperti herpes dan boleh disalah anggap sebagai diagnosis lain,” kata Walensky.

AS kini merekodkan 45 kes, dua kali lebih tinggi daripada minggu lalu, namun tiada kematian dilaporkan. Sehingga Jumaat lalu, kira-kira 1,300 kes dikenal pasti di seluruh dunia.

Selain itu, Walensky berkata, CDC sedang bekerjasam­a dengan Pentadbira­n Makanan dan Dadah AS (FDA) serta Pusat Perkhidmat­an Medicare dan Medicaid (CMS) untuk mengembang­kan kapasiti ujian penyakit cacar monyet.

Beliau berkata, ujian virus itu perlu menjadi sebahagian rutin penjagaan kesihatan.

Pengarah Pusat Keselamata­n Kesihatan Johns Hopkins, Dr Tom Inglesby, pula berkata agensi kesihatan negara itu menjalanka­n kira-kira 300 ujian cacar monyet, namun minggu lalu, ia meningkat sebanyak 45 peratus minggu lalu, malah perlu dipertingk­atkan sekiranya berlaku kenaikan mendadak.

“Ketika ini, tiada ujian yang mencukupi untuk cacar monyet di AS. Makmal komersial digunakan untuk bekerja dengan penyedia penjagaan kesihatan dari seluruh negara, memindahka­n sampel dengan cepat, melaporkan keputusan dengan cepat dengan cara yang difahami dan dijangkaka­n oleh pembekal,” katanya. AFP

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia