Berita Harian

Rantaian letusan gunung berapi membimbang­kan

-

“Jadi kajian ini sentiasa dijalankan di bawah Metmalaysi­a dan JMG,” katanya.

Dalam usaha menambah baik reka bentuk bangunan secara keseluruha­n mengatasi risiko bangunan rosak akibat gempa bumi, negara ini mengorak langkah dalam mengubah kod amalan reka bentuk bangunan daripada sebelum ini kod amalan reka bentuk British Standard (BS) kepada kod amalan Eurocode (EN) bermula 2010.

“Implikasi perubahan kod amalan reka bentuk daripada BS kepada EN ini cukup besar dalam amalan reka bentuk struktur terhadap gempa bumi.

“Dalam kod amalan EN, reka bentuk terhadap gempa bumi diambil kira berbanding kod amalan BS sebelum ini.

“Standard Malaysia juga memperakui kod amalan khas reka bentuk struktur terhadap gempa bumi (MS EN 1998-1) pada 2015 dan kemudian penghujung 2017, pihak itu menerbitka­n ‘Malaysia National Annex’ (NA MS EN 1998-1) bagi menyokong kod amalan yang diperakui pada 2015,” katanya.

Bagi struktur rekaan bangunan sebelum 2015 tidak direkabent­uk untuk gempa bumi. Maka, kebanyakan bangunan di Ranau menerima gempa bumi kuat pada 2015 berskala 6.0 pada skala Richter berikutan tidak direkabent­uk terhadap gempa bumi dan perilaku terhadap gempa bumi tidak dapat dianggarka­n dengan baik ketika proses reka bentuk.

Pakar dari Metmalaysi­a, JMG dan universiti tempatan mengenal pasti jalur gempa bumi aktif di Malaysia.

Penyerap tapak dengan penggunaan getah asli pada jambatan Kedua Pulau Pinang.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia