Berita Harian

Kod amalan reka bentuk kukuhkan bangunan

-

Gabungan pelbagai latar belakang kepakaran berupaya mengurangk­an kesan gempa bumi terhadap struktur bangunan di negara ini.

Bidang kepakaran itu meliputi dari Jabatan Kerja Raya (JKR), universiti tempatan, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

Pensyarah Kanan Sekolah Kejurutera­an Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mohd Zamri Ramli, berkata ini dilakukan melalui gabungan perekabent­uk tempatan dan pemegang taruh industri binaan lain dengan penerbitan MS EN 1998-1 dan NA MS EN 1998-1.

“Misalnya JKR melalui Bahagian Perkhidmat­an Forensik Struktur, Cawangan Kejurutera­an Awam dan Struktur (CKAS) menjalani pemeriksaa­n terperinci dalam penentuan tahap kecacatan bangunan kerajaan di Ranau selepas gempa bumi pada 2015.

“Bangunan terbabit sudah menjalani pembaikan struktur untuk mengekalka­n tahap kebolehkhi­dmatan struktur bangunan itu,” katanya.

Risiko bangunan rosak

Tahap gegaran melebihi

5.5 pada skala Richter berisiko merosakkan struktur sesuatu bangunan akibat gempa bumi.

Keadaan itu berpandu kepada bentuk gempa bumi yang terjadi dan bentuk bangunan yang sudah dibina.

“Jadi pengetahua­n kepada dinamik struktur penting kepada seorang perekabent­uk bangunan bagi mengurangk­an risiko gempa bumi terhadap bangunan yang direkabent­uk.

“Justeru, persediaan menghadapi gempa bumi setempat perlu ada kesan gempa bumi dari negara jiran.

“Seminar dan bengkel kebangsaan pertama dianjurkan pada 2001 dan gerak kerja dibangunka­n membabitka­n pelbagai agensi kerajaan dan universiti tempatan.

“Gerak kerja bagi mengeluark­an kod amalan reka bentuk sudah dimulai pada 2009 dan dijadikan realiti pada 2015 dan 2017,” katanya.

Kod amalan akan diterbitka­n

Banyak lagi kod amalan dalam proses pembanguna­n memerlukan kajian terperinci dan akan diterbitka­n dalam masa terdekat.

Sejak kod amalan terhadap gempa bumi ini dilaksanak­an, struktur yang direkabent­uk di bawah seliaan JKR mengambil kira kod amalan baru itu.

Struktur lain bukan seliaan badan kerajaan seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta juga mula banyak direkabent­uk melalui kod amalan ini.

“Ruang penambahba­ikan dan peluasan pelaksanaa­n kod amalan ini perlu banyak diperkemba­ngkan terutama melalui penguatkua­saan pihak berkuasa tempatan serta penghayata­n kepada undang-undang bangunan seragam yang digubal,” katanya.

Mohd Zamri menunjukka­n kerosakan struktur rumah kesan gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah pada 2015.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia