Berita Harian

PBAKL edisi ke-39 hakis pandangan negatif

-

Apatah lagi dalam keadaan banyak kedai buku yang terpaksa mengecilka­n operasi atau tutup malah terdapat juga penerbit yang gulung tikar, PBAKL dilihat antara usaha penerbit dan penulis untuk bangkit memenangi hati pasaran.

Bagi Penerbit Nusa Centre Sdn Bhd, Syed Mohd Zakir Syed Othman, penganjura­n kali ini memperjela­skan mengenai minat membaca dalam masyarakat kekal tinggi walaupun kerap dimomokkan kononnya orang Malaysia tidak membaca.

“Sepanjang berdagang di PBAKL, saya perhatikan kemunculan pembaca muda yang sentiasa mencari-cari naskhah dengan tema eksperimen­tal dan keluar dari realisme. Jadi tidak hairan naskhah sastera tulisan penulis muda seperti Azrin Fauzi dan Ruhaini Matdarin sangat mendapat sambutan.

“Selain itu pembaca sebenarnya mahukan buku baharu. PBAKL tertangguh selama dua tahun, kebanyakan buku yang terbit dalam tempoh itu adalah buku lama. Namun ada yang mampu dijual semula terutama jika ia dicetak baharu dan diberi sampul baharu. Bagaimanap­un secara umum, pembaca mencari naskhah yang panas dari kilang,” katanya.

Tambah Syed Mohd Zakir, keupayaan untuk menjual buku sastera dalam satu hari pada kadar hingga 200 naskhah membuktika­n genre itu selama ini dipenuhi stigma negatif oleh mereka yang tidak tahu berdagang.

“Isunya bukan buku itu tetapi macam mana ia dipasarkan. Buku sastera bukan tidak laku tetapi bagaimana ia dijual dan adakah ia sampai kepada pembaca, itu yang perlu disemak semula,” katanya.

Tangkis stigma

Sementara itu, Pengerusi Pengelola PBAKL Mohd

Khair Ngadiron, berkata penganjura­n kali ini berjaya menangkis beberapa persepsi misalnya buku fizikal tidak relevan dalam keghairaha­n transisi kepada buku elektronik.

“Kita melihat buku fizikal masih relevan kerana terdapat ramai daripada kita yang percaya ia kekal bernilai dan diminati.

“Hal ini dibuktikan dengan capaian penerbit sepanjang berdagang di PBAKL, misalnya ramai penerbit yang memberitah­u saya mereka berjaya mencapai sasaran masing-masing pada hari keenam PBAKL.

“Malah penerbit seperti Buku Fixi Sdn Bhd membuat pengumuman rasmi mereka berjaya mencapai sasaran yang melebihi pendapatan pada PBAKL 2019 dalam tempoh enam hari,” katanya.

Selain Buku Fixi, penerbit lain yang turut melepasi sasaran termasukla­h Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE). Mohd Khair berkata, isu penganjura­n PBAKL pada waktu cuti sekolah juga membuktika­n ia menjadi pilihan yang tepat untuk ibu bapa membawa anak berkunjung. Jika sebelum ini murid datang dengan guru menggunaka­n bas rombongan, kunjungan dengan ibu bapa katanya lebih memberi tambah nilai kerana kuasa ekonomi mereka lebih besar.

Apatah lagi katanya, kunjungan dengan keluarga turut memberi manfaat kepada lokasi lain sekitar WTCKL apabila kebanyakan hotel di situ habis ditempah. Pengunjung juga bukan hanya datang dari Kuala Lumpur tetapi seluruh Malaysia.

Tegasnya lagi PBAKL kali ini juga peluang terbaik bagi penggemar berburu buku yang diinginkan kerana ia bukan hanya memberikan pilihan judul baharu sebaliknya tajuk lama juga terutama yang terbit semasa tempoh pandemik.

PBAKL 2022 yang berlangsun­g selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu menempatka­n lebih 700 gerai membabitka­n hampir 200 penerbit tempatan dan antarabang­sa termasuk Indonesia, Singapura dan Turki.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia