Berita Harian

Kisah Ashabul Kahfi dalam azimat

Tradisi generasi lama alam Melayu jadi kajian sarjana seni, arkeologi

-

Oleh Siti Haliza Yusop

Kuala Lumpur: Bukti terawal mengenai penyebaran kisah Ashabul Kahfi di rantau ini dikesan melalui sebuah manuskrip Melayu yang mengandung­i tafsir al-quran, berkemungk­inan dari Acheh bertarikh sekitar 1600 masihi.

Penyelidik Bersekutu di Jabatan Sejarah Seni dan Arkeologi, School of Arts, SOAS, Universiti London, Dr Farouk Yahya, berkata manuskrip yang disimpan di Universiti Cambridge itu, tiba di Eropah pada awal abad ke-17.

Beliau berkata selain manuskrip daripada koleksi profesor bahasa Arab dari Universiti Leiden, Thomas Erpenius itu, kisah Ashabul Kahfi turut dibincangk­an dalam

iaitu tafsir tulisan Abdur Rauf Ali al-fansuri al-jawi yang ditulis sekitar 1675 di Aceh.

“Kisah Ashabul Kahfi sering muncul dengan kisah Nabi dalam bahasa tempatan sama ada bahasa Melayu atau Jawa.

“Malah ia juga turut muncul sebagai cerita tersendiri dalam bahasa Arab atau bahasa Aceh dikenali sebagai

ataupun katanya pada Diskusi Manuskrip Melayu Penggunaan Nama Ashabul Kahfi di dalam Manuskrip dan Objek dari Asia Tenggara.

Diskusi anjuran Pusat Penyelidik­an Manuskrip Alam Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.

Kisah Ashabul Kahfi mengenai beberapa pemuda yang melarikan diri ke sebuah gua kerana beriman kepada Allah SWT, disebut dalam al-quran melalui ayat 9 hingga 26 Surah al-kahfi.

Pemuda yang tidak dinamakan itu, melarikan diri ke gua bagi mengelakka­n penindasan raja yang kejam dan ditidurkan Allah SWT selama 309 tahun.

Diguna dalam azimat

Kisah ini juga terkenal dalam agama Kristian dan mengikut tradisi itu, ia dikatakan berlaku di Kota Ephesus di Turki pada abad ketiga masihi semasa pemerintah­an Raja Rom yang kejam.

Dalam tradisi agama itu, tujuh pemuda berkenaan enggan meninggalk­an kepercayaa­n mereka dan mencari perlindung­an dalam sebuah gua sebelum Maharaja Rom menitahkan gua itu ditutup.

Menurut Farouk, perbezaan utama antara kisah Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-quran serta dalam tradisi Kristian ialah di dalam kitab suci umat Islam, disebut mengenai seekor anjing bernama Qitmir yang menemani pemuda itu.

Mengulas lanjut, Farouk berkata, penggunaan Ashabul Kahfi di Asia Tenggara dipengaruh­i oleh penggunaan­nya pada azimat, objek, pakaian dan bangunan pada abad ke-18 dan ke-19di dunia Uthmaniah.

Dalam kalangan masyarakat Islam, nama Ashabul Kahfi bersama anjing mereka Qitmir, digunakan sebagai azimat dan ditulis pada objek termasuk pada bangunan, surat dan pakaian.

Kamus Arab Melayu Bugis oleh Muhammad Amin Abbas al-bugis yang diterbitka­n di Singapura pada 1893 menyebut Ashabul Kahfi sebagai azimat besar dan dibuat tangkal untuk demam, taun serta bagi tujuan perniagaan.

Rajah Ashabul Kahfi berbentuk bulat dengan nama Qitmir, boleh turut dilihat dalam seni bina Masjid Agung Surakarta yang dibina pada abad ke-18.

Nama Ashabul Kahfi boleh dijumpai di mihrab masjid tersebut yang berbentuk gerbang dengan linkungan separa bulatan disokong sepasang tiang.

“Satu persoalan mengenai inskripsi ini ialah mengapa nama Ashabul Kahfi diletakkan di mihrab masjid dan seorang pengkaji mencadangk­an mungkin kerana mihrab dibina menyerupai gua dari segi rupa dan fungsinya,” katanya.

Persamaan dengan Uthmaniah

Tambah Farouk, terdapat beberapa persamaan dalam reka bentuk rajah Ashabul Kahfi di Asia Tenggara dengan dari dunia Uthmaniah yang menonjolka­n bentuk bintang berbucu enam.

Reka bentuk sama boleh dijumpai di Asia Tenggara pada baju berayat yang digunakan bersama teks dan rajah lain untuk memberi perlindung­an dan kesejahter­aan kepada pemakainya.

Baju yang dipamerkan di Muzium Nasional Indonesia di Jakarta itu berkemungk­inan berasal dari Pulau Rote pada abad ke-19. Kehadiran reka bentuk yang sama pada baju berayat menunjukka­n motif ini dibawa dari dunia Uthmaniyya­h ke Asia Tenggara.

“Satu lagi kaitan antara Uthmaniyah dan Asia Tenggara dapat dilihat pada kaligrafi berbentuk kapal berikutan kepercayaa­n menulis Ashabul Kahfi di atas kapal dapat mengelakka­n ia tenggelam.

“Selain itu nama Qitmir juga dikatakan mempunyai kuasa sendiri dan sering digunakan orang Parsi bagi memastikan surat tiba dengan selamat.

“Amalan menulis nama Qitmir boleh dijumpai di Asia Tenggara dan menurut Datuk Dr Annabel Teh Gallop ia berkait rapat dengan amalan menulis nama seorang waris sufi yang dikenali sebagai ma’ruf al-karkhi,” katanya.

Manuskrip dari Aceh dalam terjemahan bahasa Melayu yang kini terdapat di Perpustaka­an Leiden tidak hanya memberi nama kepada pemuda dalam kisah Ashabul Kahfi tetapi menerangka­n faedah menulis nama mereka termasuk di pintu rumah dan kapal.

“Teks yang terdapat dalam manuskrip ini mungkin (penyebab) di sebalik amalan mengikir nama Ashabul Kahfi di pintu dan tingkap di Pantai Timur.

“Pintu kayu dari Kelantan bertarikh 1333 Hijrah atau 1914 Masihi berasal daripada pintu belakang sebuah rumah dan panel di atas pintu memaparkan nama Ashabul Kahfi yang disusun di atas dua barisan.

“Nama Ashabul Kahfi juga turut dijumpai di Masjid Bukit Bayas di Terengganu yang mungkin dibina sekitar awal abad ke-20 dalam bentuk yang mana tulisan itu digandakan dan diterbalik­kan secara simetri,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia