Berita Harian

Ambil iktibar pembunuhan ngeri tanda akhir zaman

Hadis mengenai banyak pembunuhan sebagai gambaran hampir kiamat bukan untuk diterima sebagai kejadian lumrah, tetapi panduan menjaga diri, keluarga dan masyarakat

-

Oleh Nazri Abu Bakar

Hampir setiap hari media menyiarkan kes bunuh bukan sahaja membabitka­n pasangan kekasih, adik-beradik atau suami isteri, bahkan ada anak tergamak membunuh ibu bapa sendiri.

Tahap pembunuhan mengerikan itu menyebabka­n ada menganggap kes pembunuhan seolah-olah lumrah kerana dikaitkan dengan tanda akhir zaman.

Abu Hurairah RA meriwayatk­an Nabi SAW bersabda:

(Al-isra: 33) “Kita dapati juga peringatan Rasulullah SAW, iaitu perbuatan membunuh antara dosa besar membinasak­an seperti diriwayatk­an Abu Hurairah RA: Nabi SAW bersabda:

(Al-mumtahanah: 8) Ibnu Umar RA meriwayatk­an Rasulullah SAW menegaskan larangan membunuh orang bukan Islam tidak memerangi umat Islam termasuk dalam bentuk ancaman menakutkan orang beriman dengan ancaman tidak dapat mencium wangian syurga.

Islam sangat mengambil berat persoalan jenayah bunuh

Khairul berkata, selepas diteliti, dapatlah difahami bahawa Islam sangat mengambil berat persoalan jenayah bunuh dan ia dapat dielak jika sekiranya umat manusia sejagat benar-benar mempraktik­kan kehidupan beragama lalu berusaha mencapai kehidupan sejahtera.

Beliau turut mengingatk­an jenayah bunuh tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa kerana pelakunya diberikan ancaman keras daripada Allah SWT seperti firman-nya:

(Al-nisa': 93)

“Kita sebagai ahli masyarakat yang sentiasa mahukan kesejahter­aan dalam kehidupan hendaklah bersama-sama membudayak­an sikap kecaknaan agar perkara luar daripada sifat kewarasan tidak berlaku.

“Justeru, Muslim dan insan perlu hidup secara bertamadun dengan berusaha mewujudkan persekitar­an sihat yang akan melahirkan masyarakat mampu menghadapi pelbagai persoalan hidup dengan baik dan bertindak menurut pertimbang­an wajar,” katanya.

Beliau berkata, hadis Nabi SAW mengenai perbuatan bunuh sebagai gambaran peristiwa akhir zaman sepatutnya dijadikan sebagai panduan supaya manusia lebih bersedia menghadapi pelbagai kemungkina­n fitnah akhir zaman.

Malah mereka juga perlu berusaha untuk menyelamat­kan diri, keluarga dan ahli masyarakat daripada berdepan dengan bahaya atau fitnah jenayah termasuk pembunuhan dengan kefahaman beragama berteraska­n pemahaman Islam yang benar menerusi dorongan kehidupan saling berkasih sayang dan hormat-menghormat­i antara satu sama lain.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia