Berita Harian

Mbappe selamatkan maruah Perancis

-

Liga Negara-negara UEFA

Jaringan pada penghujung aksi berjaya ikat Austria

Vienna: Kylian Mbappe masuk sebagai pemain gantian dan menjaringk­an gol penyamaan untuk Perancis terikat 1-1 menentang Austria dalam saingan Liga Negara-negara UEFA di sini, kelmarin.

Mbappe masuk di babak kedua menggantik­an Antoine Griezmann dalam aksi di Stadium Ernst-happel dan meledak gol pada minit ke-83. Gol tuan rumah pula dijaringka­n Andreas Weimann.

Perancis yang memenangi kejohanan ini tahun lalu, belum mencatat kemenangan selepas tiga perlawanan. Mereka kini di tanggga tercorot Kumpulan A1 dengan mengumpul dua mata selepas tewas 2-1 kepada Denmark dan seri 1-1 di Croatia.

Denmark kekal di tangga teratas, walaupun tewas 1-0 kepada Croatia di Copenhagen, dengan Mario Pasalic meledak gol tungga permainan.

Perancis akan bermain perlawanan terakhir pada rehat perlawanan antarabang­sa kali ini di laman sendiri menentang Croatia esok sebelum kempen

Tonggak Perancis, Kylian Mbappe dikepung pemain Austria ketika aksi Liga Negara-negara UEFA di Stadium Ernst Happel, Vienna, kelmarin.

peringkat kumpulan bersambung pada September.

“Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kami perlu sentiasa berbangga dan cuba untuk memperbaik­inya.

“Tidak, tetapi jika jurulatih memerlukan saya, saya akan bersedia. Hanya satu perlawanan lagi sebelum cuti jadi saya boleh memaksa sedikit,” kata Mbappe yang mengakui belum pulih sepenuhnya daripada ke(Foto AFP) cederaan ketika menentang Denmark.

Perlawanan di sini diteruskan walaupun timbul kerisauan berkenaan lubang besar ketika kekalahan 2-1 Austria kepada Denmark Isnin lalu.

Beraksi perlawanan ketiga mereka di bawah Ralf Rangnick, Austria mendahului pada minit ke-37 selepas Weimann memanfaatk­an hantaran Konrad Laimer. AFP

Atlet bertaraf bilionair

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia