Berita Harian

Cerita Zidane bimbing PSG tak benar

-

Paris: Penasihat Zinedine Zidane menafikan bekas legenda Perancis itu akan menggantik­an Mauricio Pochettino sebagai pengendali Paris Saint-germain (PSG), musim depan.

Stesen radio Perancis, Europe 1 sebelum ini melaporkan Zidane akan mengambil alih jawatan itu, namun tidak mendedahka­n sumber berita itu.

“Semua khabar angin yang tersebar ketika ini tidak benar.

“Sehingga hari ini, hanya saya seorang dibenarkan mewakili dan menasihatk­an Zidane.

Setakat ini, Zidane atau saya sendiri tidak dihubungi pemilik PSG,” kata Alain Migliaccio yang juga Penasihat Zidane kepada akhbar sukan harian, L’equipe.

Sementara itu, PSG gagal dihubungi bagi mendapatka­n ulasan lanjut.

Pochettino yang dilantik 18 bulan lalu, gagal memacu kelab Ligue 1 itu melangkah jauh ke Liga Juara-juara apabila tersingkir di pusingan 16 terbaik di tangan Real Madrid, musim ini.

Gelaran Ligue 1 yang diraih pada April lalu adalah trofi tunggal dimenangi mereka musim ini.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia