Berita Harian

Mora enggan lepaskan Ariff Aiman

-

Johor Bahru: Walaupun Ariff Aiman Hanapi sedang dipantau pencari bakat dan ejen bola sepak, termasuk dari kelab luar negara, pengendali JDT, Benjamin Mora enggan melepaskan pemain sayap kanannya itu.

Ketika ditemui secara eksklusif, jurulatih itu menegaskan beliau secara peribadi mahu Ariff Aiman kekal bersama JDT kerana pengalaman dan teknik permainann­ya masih belum mencukupi untuk didedahkan beraksi di luar negara.

“Namun semuanya bergantung kepada keputusan pengurusan JDT sama ada mahu dipinjamka­n atau di jual kepada kelab luar negara yang berminat untuk mendapatka­n khidmat Ariff Aiman. Tapi jika anda tanya saya, sejujurnya mahu Ariff Aiman kekal bersama JDT.

“Saya berpandang­an Ariff masih ada ruang untuk terus maju bersama JDT, lagipun dia baru 20 tahun dan masa dia akan tiba untuk beraksi di luar negara. Jadi buat ketika ini biar dia di sini dan membantu JDT memenangi kejuaaraan liga dan selepas itu bergantung kepada keputusan pihak pengurusan,” katanya semalam.

Ariff Aiman

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia