Berita Harian

Kalamullah tidak putus asa

-

Kuala Lumpur: Penggugura­n daripada senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan tidak mematahkan semangat Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, sebaliknya dia mengakui akan terus bekerja keras untuk memperagak­an aksi cemerlang bersama PJ City FC.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu tetap menganggap peluang membarisi skuad kebangsaan belum tertutup sepenuhnya sekali gus mahu memanfaatk­an aksi Liga Super untuk kembali mencuri perhatian dan membantu pasukannya.

“Saya rasa kecewa juga apabila tidak dapat bersama 23 pemain yang lain tetapi saya anggap masih tiada rezeki. Jadi saya perlu fokus kembali untuk aksi bersama kelab Ini yang paling penting kerana saya perlu beraksi dengan lebih baik supaya terus berpeluang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia