Berita Harian

Bekas CEO terkilan NFDP dipersalah

-

Kuala Lumpur: Menyalahka­n Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) susulan prestasi hambar yang dilakar skuad Bawah 23 tahun (B-23) dalam tiga kejohanan diharungi sebelum ini sebagai satu ‘hukuman’ yang tidak adil.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPBN, Safirul Azli Abu Bakar menegaskan tidak wajar sekiranya program pembanguna­n elit itu dilabel ‘bermasalah besar’ apatah lagi hanya lapan lepasan dari NFDP membarisi skuad B-23 ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru baru ini.

Safirul yang juga Pengarah Sportswork itu menjelaska­n kegagalan skuad B-23 perlu dinilai berdasarka­n skuad itu sahaja dan aksi buruk dalam kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tidak bermakna NFDP turut gagal.

“Tidak kira menang ataupun kalah, pasti ada komen daripada pelbagai pihak jadi kita menghormat­i semua pandangan. Cuma untuk menuding jari kepada satu program yang sudah dilaksanak­an, ia perlu bersandark­an kepada banyak fakta dan faktor.

“Dengan itu, barulah kita boleh rumuskan bahawa program ini maksudnya gagal, lemah dan sebagainya.

Pengarah Sportswork Contohnya dikatakan tiada pertukaran pengetahua­n antara jurulatih dengan kepakaran luar, jurulatih pembanguna­n di luar turut mendapat semua keperluan asas bola sepak yang sepatutnya ada.

“Pertanding­an pun tidak boleh dijalankan kerana COVID-19. Cuma tidak masuk akal untuk bandingkan program kita yang baru berusia lapan tahun dengan Korea Selatan ataupun Jepun yang sudah bermula puluhan tahun lalu. “Gagal memang gagal di AFC tetapi (NFDP) bukan gagal cuma belum lagi berjaya. Kalau kita tidak mendapat keputusan yang diimpikan, kita kena tengok apa yang tidak kena dengan skuad itu kerana petanda kejayaan sudah ada ketika peringkat bawah umur.

“Kita tidak boleh pukul rata keputusan B-23 digunakan bagi mengatakan seluruh program bermasalah. Tidak adil (salahkan NFDP) kerana pandangan saya mengenai Piala Asia B-23 itu, memang pemain beraksi di bawah kemampuan mereka dalam ketiga tiga perlawanan itu,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia