Berita Harian

Shahidan tampil 5 teras manifesto lawan Muthu

-

(Dari kiri) Zulkifli, Mohd Anwar, Zainuddin dan Wan Shalihudin bersama piala pusingan TSM Golf Challenge 2022 di TPC Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Menjelang pemilihan pimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) penggal 2022/2025 hari ini, calon jawatan presiden, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tampil dengan manifesto yang bakal dilaksanak­annya sekiranya kembali dipilih menerajui badan induk itu.

Lima teras utama manifesto yang ditampilka­n beliau antaranya adalah penstruktu­ran pembanguna­n atlet, kebajikan, transisi dan prospek pascakerja­ya.

Selain itu, Menteri Wilayah Persekutua­n itu turut akan merancang polisi pembanguna­n bakat pada peringkat akar umbi seluruh negara, selain menjalinka­n kerjasama dengan semua pemegang taruh dalam merencana pelan tran sformasi olahraga.

Tidak cukup dengan itu, Shahidan turut berjanji akan menyediaka­n ekosistem yang konstrukti­f bagi menjadikan olahraga sebagai kerjaya yang stabil buat atlet.

Beliau juga akan mewujudkan kerangka perundanga­n yang (Foto ihsan FB BAM) memberikan perlindung­an kepada atlet, jurulatih dan pegawai selain jaminan kepada pentadbira­n yang cekap (good governance).

“Semua perancanga­n yang dibentangk­an dalam manifesto itu membuktika­n komitmen Shahidan dengan niat baik untuk membantu menyelamat­kan sukan olahraga yang kini dianggap ‘kritikal’.

“Saya percaya semua perwakilan akan berfikir dengan baik bagi memilih calon yang benar-benar layak untuk menjadi Presiden,” kata Presiden Persatuan Olahraga Perak (POP), Datuk Karim Ibrahim yang memberi sokongan penuh kepada Shahidan.

Pemilihan hari ini menyaksika­n Shahidan akan mencabar penyandang jawatan presiden, Datuk SM Muthu bagi merebut kerusi nombor satu KOM.

Shahidan bukanlah asing buat KOM apabila pernah menerajui badan induk itu pada 2006 hingga 2012 tetapi terpaksa melepaskan jawatan berkenaan selepas tewas di tangan Datuk Zainal Abidin

Ahmad dalam pemilihan bagi penggal 2013/2015.

Muthu pula dipilih sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2019/2022 selepas menewaskan Karim yang juga penyandang jawatan ketika itu dengan kelebihan tiga undi.

Bekas atlet olahraga Selangor era 1990-an, Nurhayati Karim turut dicalonkan bagi merebut kerusi ‘panas’ berkenaan pada pemilihan kali ini tetapi difahamkan beliau akan menarik diri bagi memberi laluan kepada Shahidan. Namun, belum ada pengumuman rasmi daripada KOM berhubung pencalonan­nya itu.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksika­n pertembung­an di antara Datuk Fadzil A Bakar dan Datuk Seri V Pulanthira­n.

Bagi jawatan Naib Presiden, lima calon akan bersaing iaitu Syamsul Bani Abdullah, Josephine Kang, Datuk R Annamalai, Datuk Mark William dan Sallehuddi­n Satar.

Kuala Lumpur: Seramai 88 pemain amatur muda berbakat negara, termasuk 52 lelaki akan berentap bagi merebut kejuaraan TSM Golf Challenge (TSM GC) 2022 di West Course, TPC Kuala Lumpur di sini, pada 14 hingga16 Jun ini.

Kejuaraan yang diperakuka­n Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan mendapat pengiktira­fan World Amateur Golf Ranking (WAGR) itu sebelumnya dihentikan selama dua tahun susulan pandemik COVID-19.

Saingan kali ini dijangka sengit dengan penyertaan ramai pemain muda berbakat seperti Adam Ariff Madzri, Bryan Tan Wei Han, Malcom Ting Siong Hung, Eidan Ngah Jamzidi, Marcus Lim dan Muhamad Ikmal Basry.

Selain itu, Nateeshvar Anatha Ganesh, Rhaassrika­nesh Kanavathi, Angel Hii, Foong Zi Yu,

Liyana Azizan Durisic, Mirabel Ting Ern Hui, Winnie Ng, Lekisha Sasitharan dan Zulaikah Nurziana Nasser.

Pengerusi TSM GC, Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim, berkata pemain muda daripada Akademi Golf Tunas Bestari kelolaan pihaknya seperti Ezekiel Riz Hafi Suzearitz, Lee Juan Chay, Alya Batrisya Shaari dan Nur Batrisya Balkis akan turut serta menerusi wild cards.

“Pemilihan pemain bagi kejohanan ini dibuat berdasarka­n mata yang terkumpul pada beberaa kejohanan sebelumnya,” katanya pada sidang media di sini yang turut dihadiri Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor; Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf, Datuk Zainuddin Mohd Radzi dan Setiausaha Kehormat MGA, Datuk Zulkifli Ismail.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia