Berita Harian

Kelab gergasi belanja sakan buru pemain

-

Liga Perdana Inggeris

London: Jendela perpindaha­n sudah pun dibuka secara rasmi dan tumpuan akan terarah kepada kelab Newcastle United yang dijangka berbelanja besar untuk memperkuat pasukannya bagi berdepan musim baharu.

Sebanyak RM6 bilion dibelanjak­an pada musim panas lalu oleh pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL). Itu adalah jumlah perbelanja­an terendah sejak 2015, namun angka itu bakal dipecahkan selepas melihat petanda pasukan akan berbelanja besar.

Newcastle yang berbelanja paling banyak pada Januari lalu, pasti membuatkan jurulatih Pep Guardiola dan Jurgen Klopp tidak senang duduk sementara pasukan lain hanya mampu menjadi 'pemerhati'.

Selepas berbelanja RM505 juta pada Januari lalu, Newcastle dijangka terus melabur untuk mendapatka­n lebih ramai pemain termasukla­h menyasarka­n bintang Benfica dari Uruguay, Darwin Nunez.

Namun, Nunez kian hampir menyertai Liverpool sebagai tindak balas kepada tindakan Manchester City yang berjaya mendapatka­n pemain Borussia Dortmund, Erling Haaland pada harga RM282 juta.

Liverpool pula perlu bersedia dengan kehilangan Sadio Mane yang bakal menyertai Bayern Munich sementara masa depan Mohamed Salah masih samar. Namun, kemasukan Nunez akan membantu The Reds terus mencabar City pada musim depan.

Persoalann­ya mengenai kemampuan pasukan lain untuk mencabar dua pasukan terbaik di EPL itu.

Chelsea kian lemah selepas kehilangan Antonio Rudiger yang menyertai Real Madrid dan sekalipun pemilik baharu, Todd Boehly akan mengeluark­an dana, namun jiran tetanggany­a, Tottenham terlebih dahulu 'membeli-belah'.

Antonio Conte mendapat sokongan daripada Danial Levy dan pengendali Tottenham itu tampaknya belum cukup dengan kehadiran Ivan Perisic.

Arsenal yang terlepas slot ke Liga Juara Juara musim depan mensasarka­n penyerang City, Gabriel Jesus untuk membantu mereka kembali dalam kelompok empat teratas.

Manchester United yang bakal dikendalik­an Erik Ten Hag berdepan tugas besar dan sebab itulah tiada yang menjangkak­an mereka untuk menjadi pencabar pada musim depan.

Saingan EPL musim baharu akan membuka tirainya pada 6 Ogos nanti. AGENSI

Mohamed Salah

Antonio Conte

Antonio Rudiger

Sadio Mane

Pep Guardiola

Jurgen Klopp

Ivan Perisic

Gabriel Jesus

Erik Ten Hag

Darwin Nunez

Erling Haaland

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia