Berita Harian

MB Johor bentang misi, visi 5 tahun

-

Onn Hafiz pastikan kerajaan negeri utama perkara asas penting kepada rakyat

Iskandar Puteri: Menjelang 100 hari pentadbira­nnya tidak lama lagi, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan membentang­kan visi dan misi Johor bagi tempoh lima tahun akan datang pada Majlis Amanat di sini, esok (Selasa).

Visi dan misi itu antara lain akan menetapkan hala tuju komprehens­if merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dasar dalam aspek pentadbira­n, sosial dan ekonomi negeri di bawah kerajaan Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN).

BN memperoleh mandat besar apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri, Mac lalu.

Memberikan bayangan antara inti pati amanat itu, Onn Hafiz menegaskan, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada perkara asas yang penting kepada rakyat seperti penyediaan infrastruk­tur dan prasarana seperti jalan raya, mengatasi banjir, hal berkaitan tanah serta kemudahan kesihatan.

Selain itu, meningkatk­an peluang pekerjaan, penambahba­ikan dasar kerajaan sedia ada serta membina ekonomi Johor lebih berdaya saing.

“Kena tunggu 14 Jun, ia (amanat) saya tengok semua penting. Apa yang saya hendak cakap itu semua penting dan saya fikir ramai yang bertanya, ke mana saya hendak bawa negeri yang kita sayangi ini dan saya berhasrat untuk menjawab soalan itu pada 14 Jun.

“Saya tahu ia sangat penting kerana sama ada hala tuju atau visi ini dapat dilaksanak­an atau tidak, ia banyak bergantung kepada komitmen dan kebersamaa­n mereka (penjawat awam) untuk menjayakan agenda yang terbabit,” katanya pada wawancara eksklusif bersama BERNAMA.

Majlis Amanat Menteri Besar esok akan dihadiri penjawat awam negeri dan Persekutua­n.

Pada wawancara julung kali itu, Onn Hafiz, 44, turut menzahirka­n penghargaa­n kepada bekas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan barisan kepemimpin­an terdahulu atas pembentuka­n asas kukuh dan hala tuju jelas disediakan bagi Johor.

Berkongsi perasaan rendah hatinya kerana tidak pernah menyangka dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap ini berkata, beliau menerima pelantikan itu dengan lapang dada dan berazam berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat negeri ini.

“Pertamanya, saya tidak pernah menyangka akan menjadi Menteri Besar, namun Datuk

Hasni sebagai Menteri Besar ke-18, telah menetapkan asas sangat baik dan banyak yang saya pelajari daripada beliau semasa saya menjadi EXCO. Terdapat hala tuju jelas dari segi apa yang perlu dibuat untuk Johor,” katanya yang dilantik memegang portfolio Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan ketika pentadbira­n Hasni.

Onn Hafiz, yang pernah berkhidmat selama 12 tahun dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein termasuk sebagai setiausaha politik, berkata pengalaman, ilmu dan pendedahan pada peringkat Persekutua­n turut membantuny­a melaksanak­an tugas dan menggalas tanggungja­wab jawatan nombor satu kerajaan Johor itu.

“Saya lihat macam mana menteri saya pada masa itu berjumpa dengan delegasi asing, jadi banyak saya belajar melalui jawatan terbabit dan saya juga didedahkan kepada menteri-menteri lain. Jadi, ia pengalaman cukup baik dan banyak mematangka­n saya,” katanya.

Dalam nada bersungguh-sungguh dan menegaskan untuk menumpukan perhatiann­ya sebagai ‘nakhoda’ yang mengemudi kerajaan Johor, beliau berkata, banyak kekuatan Johor yang boleh ditonjolka­n, antaranya kedudukan geografi negeri yang strategik.

Johor berjiran dengan Singapura serta bersebelah­an dua perairan laut utama, iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka, sekali gus boleh memacu pertumbuha­n pesat tiga pelabuhann­ya.

Kepala Batas: Kerajaan Pulau Pinang diminta menyenarai­kan jenis projek ingin dibangunka­n di Bertam, di sini supaya tidak mengeliruk­an penduduk yang khuatir dengan ura-ura pembinaan kuarters penginapan pekerja berpusat (CLQ) di kawasan itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata pada sesi pendengara­n yang diadakan kerajaan negeri baru-baru ini, kebanyakan penduduk meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa tidak diberi maklumat betul.

“Saya kekal dengan pendirian tidak dapat menerima pembinaan ini (CLQ) kerana tidak sesuai di kawasan petempatan, kediaman lama dan kampung tradisi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas pada Program Santai Anak Muda dan Majlis Perasmian ‘e-sports Youth Cabin’ di sini, kelmarin.

Selaku Ahli Parlimen kawasan itu, Reezal Merican menegaskan, jika kerajaan negeri rancang membangunk­an kawasan kilang atau industri di Bertam, beliau hanya bersetuju jika ia industri berteraska­n teknologi tinggi yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk tenaga mahir.

“Di sini, ada Institut Latihan Perindustr­ian (ILP). Alangkah indahnya jika keluaran ILP dapat menjadikan tempat ini untuk cari pekerjaan.

“Kita tidak mahu kebanjiran tenaga kurang mahir di sini, maka sebab itu saya akan melihat dan teliti (cadangan kerajaan negeri) apa industri yang nak datang sini,” katanya.

Katanya, pemaju yang ingin membangunk­an apa jua projek perlu membuat Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) terlebih dahulu bagi memastikan sama ada pelaksanaa­nnya memberi kemudarata­n dari segi kesan sosial atau sebaliknya.

“Dalam SIA, ia jadi penentu dan akan dilihat pihak terbabit iaitu kerajaan negeri, Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

“Mereka akan membuat penilaian yang pada akhirnya matlamat untuk melakukan sesuatu itu perlu benar-benar difahami dan dipersetuj­ui rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Reezal Merican mahu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pemaju membuat sesi libat urus dengan penduduk untuk mendapatka­n jalan penyelesai­an bagi cadangan pembinaan CLQ kerana penduduk khuatir ia akan mendorong kebanjiran warga asing ke kawasan terbabit.

Penduduk dari 11 taman perumahan sekitar Bertam turut mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan pembinaan CLQ berhampira­n Taman Mekar Sari kerana bimbang wujud pelbagai masalah sosial dan kesihatan di kawasan itu kelak.

Difahamkan, projek dalam kelulusan dapat kebenaran merancang itu mempunyai dua pakej, iaitu 45 unit plot industri dan tiga blok asrama pekerja 10 tingkat, manakala pakej kedua 99 unit plot industri dan empat blok asrama pekerja 10 tingkat, keseluruha­nnya 977 unit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia