Berita Harian

Bawa isu Myanmar ke New Delhi

- Oleh Asrol Awang bhnews@bh.com.my

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-INDIA perlu bincang secara serius kaedah bantuan

Kuantan: Malaysia akan membangkit­kan isu di Myanmar pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-INDIA di New Delhi, India, pada 16 dan 17 Jun ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata pada mesyuarat secara tidak rasmi berkenaan, beliau akan mencadangk­an Menteri Luar ASEAN memikirkan secara serius dalam menyelesai­kan masalah di Myanmar.

Katanya, antara yang perlu diberikan penekanan ialah dari segi kaedah baharu dan kreatif untuk membantu negara berkenaan.

“Ia termasuk perkembang­an pelaksanaa­n Konsensus Lima Perkara ASEAN termasuk misi bantuan kemanusiaa­n.

“Bantuan kemanusiaa­n itu untuk memastikan bagaimana ia dapat disampaika­n secara adil dan saksama tanpa diskrimina­si,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Asas Bahasa Isyarat Unit Orang Kurang Upaya (OKU) Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota dan sumbangan kepada jemaah haji di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, di sini, semalam.

Saifuddin berkata, Malaysia turut menegaskan bahawa isu yang berlaku di Myanmar bukan lagi soal dalaman negara itu kerana rakyat mereka sudah melarikan diri hingga membebanka­n negara lain.

Sehubungan itu, katanya, isu di Myanmar serius dan perlu diselesaik­an segera kerana jumlah pelarian dan kematian semakin bertambah.

“Ketika ini 1.2 juta rakyat negara itu berada di Bangladesh manakala kira-kira 150,000 orang berada di Malaysia dan angka itu bukan angka yang tetap,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Saifuddin berkata, beberapa negara menyatakan kesediaan untuk menggandak­an pengambila­n pelarian Myanmar yang berada di negara ini.

“Sebelum ini, memang ada pengambila­n pelarian di negara ini tetapi disebabkan COVID-19, ia terganggu.

“Ketika ini, ada dua negara besar yang bersedia dan sanggup mengambil pelarian Myanmar iaitu sekali ganda daripada jumlah tahunan berbanding sebelum ini,” katanya.

 ?? (Foto Asrol Awang/bh) ?? Saifuddin menyampaik­an sumbangan kepada jemaah haji di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
(Foto Asrol Awang/bh) Saifuddin menyampaik­an sumbangan kepada jemaah haji di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia