Berita Harian

PAS minta fokus isu rakyat

-

Kuala Lumpur: Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin berpendapa­t tiada keperluan untuk menyegerak­an Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaliknya keutamaan perlu diberi kepada agenda mensejahte­rakan rakyat.

Meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhenti seketika berpolitik untuk bersama membantu kerajaan hari ini, beliau juga mahu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menasihati presiden mereka yang sering memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyegerak­an PRU-15.

“Presiden UMNO perlu berhenti seketika berpolitik­ing kerana takut bayang-bayang sendiri dan hilang jawatan. Beliau seharusnya fokus gerakkan jentera UMNO untuk bersama perdana menteri dan kerajaan hari ini dalam usaha menyelesai­kan masalah rakyat, terutama aspek ekonomi yang menekan akhir-akhir ini.

“Masalah utama dihadapi negara bukanlah isu parti mana atau siapa yang perlu dominan dalam kerajaan tetapi menangani krisis ekonomi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia