Berita Harian

Rosol nafi ada lagi ikut jejak Zuraida

-

Johor Bahru: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Rosol Wahid menafikan akan ada lagi pemimpin parti berkenaan bakal mengikut Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin meninggalk­an BERSATU.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, pemimpin termasuk Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dikatakan bakal keluar parti, komited dengan perjuangan BERSATU.

“Seluruh pemimpin dan dan ahli BERSATU kekal fokus kepada isu rakyat dan pentadbira­n parti. Setakat ini saya tidak dengar atau nampak ada (Ahli MPT akan lompat parti) kerana semua termasuk Datuk Seri Azmin dan Datuk Rashid datang mesyuarat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Baru-baru ini pun mereka masih datang mesyuarat MPT, berbeza jika dibandingk­an dengan Datuk Zuraida kerana beliau memang sudah tiga atau empat kali tidak datang mesyuarat sebelum mengumumka­n keluar parti,” katanya, semalam.

Kuala Lumpur: Gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal bukan hendak melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapiny­a.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor yang mendakwa Ahmad Zahid mahu PRU-15 lebih awal kerana takut dipenjarak­an adalah tuduhan berat terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara.

“Tuduhan itu tidak wajar, membawa persepsi jika Barisan Nasional (BN) menang, perjalanan bagi kes itu akan berubah. Bila sahaja PRU dan jika BN menang, apa yang cuba Datuk Seri Sanusi katakan? Bahawa disebabkan BN menang, tiba-tiba hakim akan dipaksa tukar fikiran?

“Kalau itu tuduhannya, sebut sahaja tanpa berselindu­ng kerana itu tuduhan amat berat bukan kepada Datuk Seri Zahid tetapi terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara.

“Sekarang pun, perdana menteri daripada UMNO. Berdasarka­n keputusan MT UMNO, kalau BN menang, perdana menteri sama, kes masih berjalan, jadi apa kena mengena PRU awal dengan soal kes mahkamah? Selain itu, tiada jaminan BN akan menang PRU,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Di Kuala Terengganu, EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris meminta seluruh kepemimpin­an UMNO dan BN semua peringkat mengutamak­an persediaan serta persiapan parti bagi menghadapi PRU-15 berbanding berterusan mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bubar Parlimen.

“Persediaan rapi menghadapi PRU-15 lebih penting berbanding bila tarikh pilihan raya kerana pimpinan tertinggi UMNO dan BN pastinya membuat keputusan yang menguntung­kan parti. Lagi pun, semua kena faham keputusan untuk membubarka­n Parlimen bukan terletak sepenuhnya kepada perdana menteri.

“Semua pihak terutama pimpinan parti termasuk pada peringkat akar umbi perlu faham proses pembubaran Parlimen ini. Perdana menteri perlu bincang dengan kepemimpin­an tertinggi UMNO dan BN atau ‘top 5’, biro politik, ahli Majlis Tertinggi UMNO serta seluruh kepemimpin­an BN Pusat,” katanya.

Dr Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, berkata tidak relevan sesetengah pihak mendesak perdana menteri mengumumka­n tarikh pembubaran

Parlimen kerana perkata sedemikian tidak pernah dibincang dan diumumkan oleh mana-mana perdana menteri terdahulu.

“Apa pun keputusann­ya, ia mestilah menguntung­kan parti dan kita tidak perlukan parasit yang sekadar menangguk di air keruh,” katanya.

Di Ipoh, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon mahu ahli parti itu mengutamak­an agenda kemenangan BN pada PRU-15 walaupun calon diletakkan bukan daripada MCA bagi membuktika­n semangat setia kawan dengan parti komponen, MIC dan UMNO sejak lebih 60 tahun lalu.

“Tak kira calon MCA, MIC atau UMNO, mereka calon kita (BN). Tiga parti ini kekal ‘adik-beradik’ walaupun selepas kekalahan pada PRU-14 yang mana ia sudah cukup membuktika­n semangat setia kawan kita,” katanya berucap merasmikan Pusat Penyelaras BN (MCA) Parlimen Ipoh Barat, semalam.

Shahril Hamdan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia