Berita Harian

Anwar kembali ke PWTC selepas 24 tahun

-

Kuala Lumpur: Selepas 24 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjejakka­n kakinya ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam yang menempatka­n pejabat bekas partinya, UMNO.

Presiden PKR itu hadir ke WTCKL atau nama asalnya PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), sempena Majlis Pelancaran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said, terdiri daripada novel Salina, Langit Petang dan Hujan Pagi.

Majlis yang disempurna­kan oleh Ketua Pembangkan­g itu bersempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) yang berlangsun­g selama 10 hari sejak 3 Jun lalu dan berakhir semalam.

Anwar yang datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hadir ke majlis itu sebagai Pengerusi Emeritus Institut Antarabang­sa Pemikir Islam.

PWTC kerap dikunjungi Anwar dan Dr Wan Azizah ketika masih bersama UMNO kira-kira 24 tahun lalu, malah bangunan itu merupakan medan perbahasan Anwar ketika Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) yang menjadikan PWTC sebagai lokasi penganjura­nnya setiap tahun.

Namun pada 1998, Anwar yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, dipecat daripada kedua-dua jawatan itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan pelbagai salah laku.

Insiden itu mencetuska­n permulaan permusuhan yang panjang antara Anwar dan UMNO serta membawa kepada penubuhan PKR.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Anwar pada sidang media enggan melihat kehadirann­ya ke PWTC sebagai kembali ke pejabat UMNO, sebaliknya sekadar menganggap­nya sebagai ‘kembali menghadiri pesta buku’.

Namun, beliau mengakui ada nostalgia lampau, khususnya ketika berucap di PAU serta beberapa lokasi di bangunan itu yang kerap menjadi tempat beliau berborak dengan ahli UMNO ketika masih menjadi ahli parti itu.

“Ya, ada terkenang (ketika berucap di Dewan Merdeka). Wan Azizah ada tunjukkan gambar (saya). Di sini juga ada beberapa tempat saya kerap berborak dulu,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Anwar bersama Wan Azizah dan Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan, Datuk Ismail Yusop pada majlis pelancaran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, A Samad Said di PBAKL 2022, WTCKL, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Anwar bersama Wan Azizah dan Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan, Datuk Ismail Yusop pada majlis pelancaran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, A Samad Said di PBAKL 2022, WTCKL, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia