Berita Harian

1.25 juta kunjungi PBAKL 2022

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Azhar Shahrulniz­am bhnews@bh.com.my

Sambutan hangat memperliha­tkan industri buku fizikal masih relevan

Kuala Lumpur: Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) berjaya menarik kehadiran 1.25 juta pengunjung sepanjang 10 hari penganjura­nnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola PBAKL 2022, Mohd Khair Ngadiron, berkata jumlah itu melebihi pengunjung PBAKL 2019 yang merekodkan kehadiran 750,000 orang.

Katanya, sambutan menggalakk­an bukti industri pembukuan masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, impak positif ini secara tidak langsung merangsang budaya membaca dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Seramai 137 pempamer dan lebih daripada 700 reruai menjadikan PBAKL 2022 sebagai program buku terbesar negara setakat ini.

“Sambutan hangat daripada pengunjung dan pempamer memperliha­tkan industri buku fizikal masih relevan di sebalik kepesatan teknologi.

“Kehadiran penulis terkenal, selebriti dan pempengaru­h juga menarik minat orang ramai untuk ke PBAKL 2022,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan

Dunia (WTC), di sini, semalam.

Buat julung kali, PBAKL 2022 diadakan secara hibrid bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat menyertai acara itu.

Sementara itu, Pengurus Langganan dan Pemasaran Pengedaran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Tengku Kaifimirza Tengku Hamzah, berkata reruai NSTP terus mendapat sambutan menggalakk­an.

Katanya, akhbar keluaran NSTP tetap menjadi pilihan pengunjung di samping pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.

“Sambutan ini adalah penanda aras akhbar NSTP terus menjadi pilihan utama rakyat dalam mendapatka­n berita terkini.

“Pembelian akhbar digital juga meningkat kerana ia antara alternatif yang ditawarkan kepada pengunjung dengan harga promosi.

“Orang ramai yang mahu mendapatka­n akhbar digital NSTP dengan harga promosi serendah RM31.80 untuk langganan setahun boleh melayari digital.nsd@mediaprima.com.my,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang kali pertama menjadi pempamer berpuas hati kerana reruainya menerima ramai pengunjung.

“Sasaran saya adalah mendapatka­n semula modal dan membayar pembantu yang telah menjaga reruai.

“Saya teruja dan tidak sabar untuk hadir ke PBAKL akan datang dan akan menempah dua reruai,” katanya.

Tinjauan mendapati pengunjung mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan penganjur.

Pekerja Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Ilyana Azzeaty Mohd Rasmadi, 23 berkata sambutan pengunjung sangat menggalakk­an.

“Hari ini, kami adakan lelongan besar-besaran untuk memberikan peluang kepada pengunjung mendapatka­n buku.

“Buku yang dijual adalah terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Setakat ini buku paling laris adalah buku kulit keras ataupun buku mewah,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli buku dengan potongan harga pada hari terakhir PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli buku dengan potongan harga pada hari terakhir PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia